ARTIKEL SEBELUM

23/01/13

Demo di hadapan pejabat Karpal Singh


 

Demo di hadapan pejabat Karpal Singh : PAS Pulau Pinang tidak terlibat dengan demo ini..

PAS Negeri Pulau Pinang tidak terlibat dengan sebarang penganjuran demonstrasi aman di hadapan yang dijadualkan akan diadakan di hadapan Dewan Sri Pinang jam 9.00 pagi ini.

Itu kata Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Saleh Man semalam bila diminta mengulas sistem pesanan ringkas (SMS) daripada beberapa individu yang mendakwa ahli PAS mengajak semua ahli dan penyokong PAS menyokong keputusan Majlis Syura dan mendesak Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh supaya senyap berhubung isu kalimah Allah kepada Harakahdaily

"Ahli dan penyokong PAS kena akur apa yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS.

“Kita harap jangan ada pihak yang mengambil kesempatan dengan mengajak ahli dan penyokong PAS berhimpun tanpa usul periksa kerana kita ada cara tersendiri untuk mengatasi masalah tersebut ekoran ketidakfahaman bukan Islam berkaitan isu kalimah Allah," jelasnya.

Hari ini.. Demo telah diadakan tetapi tempat lokasi telah ditukar dari hadapan Dewan Sri Pinang kepada hadapan Pejabat Karpal Singh..

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud