SEREMBAN: Sebuah lagi Billboard PAS yang dibakar di Negeri Sembilan iaitu di Kampung Sungai Jai, Lenggeng di bakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kejadian disedari oleh seorang penyokong PAS, Adnan Mohamad pada pukul 11.30 pagi.
Billboard 'Janji Pakatan Rakyat' tersebut baru sahaja didirikan tiga hari sebelum kejadian di hadapan kediaman Adnan.
Penasihat MTD Lenggeng, Zulkefly Mohamad Omar berkata tindakan ini melihat betapa 'desperate' dan takutnya pihak tertentu terhadap janji Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.
"Jelas bahawa Pakatan Rakyat lebih awal kemukakan Manifesto berbanding Barisan Nasional. Ini bukti kita telah bersedia untuk tunaikan janji negara berkebajikan pada rakyat.
"Kita sentiasa katakan kita tidak amalkan politik rosakkan harta milik parti yang sah, kerana Malaysia sebuah negara demokrasi yang beri peluang kepada semua parti politik untuk memberi penerangan dan menyatakan apa yang berlaku," kata Zulkefly yang juga AJK PAS Pusat.
Berikutan kejadian itu Timbalan Ketua Cawangan PAS Kampung Sungai Jai, Ibrahim Jalil membuat satu laporan polis di Balai Polis Lenggeng.
harakahdaily.net