ARTIKEL SEBELUM

25/12/12

Nik Aziz tidak dapat nikahkan Apex Jumaat ini


 Apex dan Leuniey



SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dapat menikahkan penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Nazri pada Jumaat ini ekoran urusan rasmi yang perlu hadiri.

Menerusi Facebook, Nik Aziz berkata, jemputan majlis nikah Apex-Nur Eilunie bertembung dengan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri bersama Sultan Kelantan pada hari yang sama.

"Susulan pertanyaan banyak pihak berkenaan dengan kesediaan Tuan Guru menjadi jurunikah perkahwinan penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat Jumaat ini, adalah dimaklumkan bagi pihak Tuan Guru bahawa beliau tidak berkesempatan untuk memenuhi undangan keluarga pengantin kerana bertembung dengan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri 1/2012 bersama Sultan Kelantan pada hari yang sama," kata mesej dipetik daripada Facebook Nik Aziz.

Laman itu menambah, Nik Aziz merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian pihak pengantin menjemput beliau untuk menjadi jurunikah.

"... bagaimanapun di dalam masa yang sama beliau memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi undangan kerana pertembungan ini.

"Justeru, beliau terpaksa membatalkan kesudiannya yang telah dinyatakan di peringkat awal.

"Pihak Tuan Guru mendoakan agar saudara Khairul Fahmi Che Mat sentiasa diberkati perkahwinannya oleh ALLAH SWT dunia dan akhirat, Insya-ALLAH," katanya.



Sinar harian

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud