ARTIKEL SEBELUM

28/12/12

MCA lagak samseng ikut perangai UMNO


 



 KUALA LUMPUR, 28 DIS: MCA kini mula menunjuk lagak ‘big brothernya’, UMNO, apabila turut berladak samseng ketika melakukan provokasi dan mencetuskan kekecohan pada sesi ramah mesra DAP Bentong, Pahang, di Kampung Manchis, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Pelangai, kelmarin.


Insiden itu berlaku ketika rombongan ramah mesra (walkabout) yang disertai kira-kira 40 penyokong DAP dan Pakatan Rakyat (PR) diganggu sekumpulan 10 penyokong MCA yang bertindak kasar apabila mengeluarkan kata-kata kesat hingga mencetuskan perbalahan ketika cuba dileraikan.

Menurut Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Foke yang mengetuai rombongan ramah mesra itu, lagak samseng penyokong MCA itu adalah disengajakan untuk mengalih perhatian kepada isu sebenar.

“Kumpulan itu turut berlagak samseng kerana mereka terpengaruh dengan perangai Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob yang juga juga ADUN Pelangai. Jadi anak buahnya di situ juga turut berlagak samseng.

“Sebaik rombongan kita sampai di Kampung Manchis, tiba-tiba ada seorang mengaku dia sebagai penduduk di kawsan saya (Rasah). Dia tuduh saya tidak selesaikan isu pembetungan membabitkan lubang yang dikorek Indah Water Konsortium (IWK) kerana memberi kesan kepada rumahnya,” ujar beliau ketika dihubungi hari ini.

Antony Loke berkata, isu pembentungan itu berlaku Mei lalu dan beliau tidak menerima apa-apa aduan daripadanya malah apa yang berlaku itu dia sudah mengadu kepada pemimpin Gerakan.

Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah pula ketika dihubungi berkata, MCA sengaja bertindak samseng kerana kedudukan mereka rasa terancam dengan pengaruh PR terutama DAP di kawasan itu.

“Ketika saya cuba meleraikan pertengkaran itu, berlaku kejadian tolak menolak.

“Satu laporan polis mengenai kejadian itu sudah dibuat Pengerusi DAP Bentong, Chin See Thai di Balai Polis Bentong,” ujar Leong yang juga ADUN Triang.

Program itu adalah siri jelajah untuk beramah mesra dengan penduduk di 15 Kampung Baru dalam Parlimen Bentong. Turut bersama rombongan ramah mesra DAP Bentong itu, termasuk Wong Tak, aktivis kumpulan Hijau Anti Lynas. – Roketkini.com

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud