ARTIKEL SEBELUM

23/12/12

Kembara Oren dihalang lagi, kali ini di Pahang

 
 
 
KUALA LUMPUR: Kembara Oren Selamatkan Felda terus dihalang pihak tertentu, hari ini di beberapa Felda di Jengka, Pahang pula.

Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, walaupun konvoi mereka bermula dengan baik di Felda Bukit Kepayang, Bera, namun keadaan itu tidak berkekalan apabila mereka bergerak ke Felda Kampung Awah.

"Kami bermula dengan baik di Felda Bukit Kepayang, dapat berjumpa orang ramai, edar risalah di pekan sari dan tiada sebarang sekatan.

"Tetapi bila kami mula disekat di Felda Kampung Awah. Pihak Rela yang saya yakin diperalatkan pihak tertentu, menutup pintu pagar dan membuat sekatan di pondok pengawal," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau juga memberitahu, peserta Kembara Oren turut dihalang masuk ke Jengka 23 dan Jengka 12.

Lebih teruk lagi katanya, mereka tidak dibenarkan solat Asar di Masjid Jengka 12 menyebabkan mereka terpaksa menapak kira-kira 1 kilometer ke masjid lain yang berdekatan.

"Pihak Rela buat kubu sekat kami masuk. Pihak polis daerah pun ada.

"Alasan tak bagi kami masuk, penduduk tak terima kehadiran kami sedangkan saya yakin kira-kira 150 orang yang membuat benteng manusia itu, bukan semua penduduk Felda itu. Orang luar disuruh pihak tertentu," katanya lagi.

Bagaimanapun, halangan-halangan tersebut tidak akan mematahkan semangat Kembara Oren untuk ke Jengka 11 malam ini bagi acara kemuncak.

"Ya, kami dah terima macam-macam amaran supaya tak teruskan Kembara Oren. Tapi ceramah di Felda Jengka 11 malam ini tetap akan diteruskan dengan kehadiran pemimpin-pemimpin tertinggi nenegri," katanya.

Kembara Oren hari ini turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jangka di Negeri Sembilan lebih panas

Sementara itu, Mazlan menyatakan kebimbangannya terhadap Kembara Oren yang akan diteruskan di Negeri Sembilan esok.

Beliau dimaklumkan bahawa berpuluh-puluh laoran polis telah dibuat terhadap Anak dan mesyuarat tergempar turut diadakan di peringkat felda bagi menghalang kehadiran Kembara Oren.

"Memang kita akan teruskan Kembara Oren tapi saya bimbang dengan provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya minta semua pihak rasional dan tidak terpengaruh dengan provokasi.

"Saya tidak akan berganjak kerana yang penting bagi saya mesej yang ingin disampaikan melalui Kembara Oren ini," tegasnya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud