ARTIKEL SEBELUM

27/11/12

Roboh Billboard PKR dalang di kenal pasti ?



Umno Guna Jentera Kerajaan Roboh Billboard PKR





PETALING JAYA, 27 NOV: Tidak mampu berpolitik secara matang, Umno-BN sekali lagi bertindak ‘liar’ apabila bertindak merobohkan papan tanda iklan (billboard) PKR yang memaparkan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu di Perak.

Tindakan yang dibuat kira-kira jam 11.00 malam pada hari tersebut juga didapati menggunakan jentera kerajaan apabila Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak sendiri mengarahkan anak syarikat milik Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Propel Berhad (Propel) agar merobohkan billboard yang didirikan di atas tanah persendirian itu.

Propel merupakan sebuah syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara lebuh raya milik Plus itu.

Billboard yang terletak di kilometer 383, lebuh raya Plus menghala ke arah utara itu dibina oleh Pengarah Jentera Pilihan Raya PKR Tanjung Malim, Shahbudin Abdul Khatab di atas tanah milik beliau sendiri.

Demikian menurut Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perak, Madhi Hasan dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya hari ini.

“Kawasan ini bukanlah di bawah kawasan mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jadi memang tak perlu permit.

“Kalaupun perlu permit mengapa billboard yang papar iklan komersil lain di atas tanah yang sama tidak pula dirobohkan, sedangkan sama tiada permit,” ujar Madhi.

Madhi menambah, sekiranya kawasan tersebut terletak di dalam kawasan PBT sekalipun, PBT hendaklah mengikut prosedur dengan memberi notis terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan meroboh.

Sementara itu menurut Shahbudin, ketika beliau ke balai polis Tanjung Malim untuk membuat aduan, beliau diberitahu oleh Ketua Balai tersebut bahawa satu aduan dibuat oleh pihak SUK, Majlis Keselamatan Negara, dan Pegawai Daerah berhubung tindakan mereka meroboh billboard itu.

Pegawai polis itu turut memberitahu bahawa polis ketika itu juga diminta untuk mengiringi dan memantau keadaan ketika kerja meroboh billboard tertera ayat ‘Harga Minyak Turun, Pakatan Harapan Rakyat’ sedang dijalankan pihak terlibat.

Dalam isu sama, menurut kenyataan media Ketua Biro Penerangan PKR, Dr Muhamad Nur Manuty menyeru agar Umno-BN menghentikan segala startegi kotor yang digunakan parti itu dengan mengubah kepada budaya politik waras dan beradab.- TVS



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud