ARTIKEL SEBELUM

24/11/12

Haji Hadi Solat di Kubur !!! ada juga Mamat parti Umno banggang ...

 

Gambar Print Screen dari FB ahli Umno tegar yang mempertikai tindakan Hj Hadi solat di Kubur. 

Terserlah kejahilan berliau kerana mempersenda tindakan presiden Pas ini dengan mengatakan "Pas semua BOLEH...tanam dulu baru solat jenazah.".

Ini akibat malas mengaji ilmu agama,memang bagi orang yang jahil tentang agama mereka akan merasa pelik melihat orang bersolat di kubur kerana benda seperti ini memang jarang2 orang melakukanya. itu yang menyebabkan mereka  merasakan ianya janggal dan pelik .

Untuk merungkaikan permasalah yang di bangkit oleh saudara jahil dari Umno tergar ini di bawah ada  jawapan yang saya petik dari  FB ustaz azhar Idrus berserta video mengenai solat ghaib .

Moga dengan ini kita dapat sedikit manafaat ilmu dari  permasalahan ini.


Video Solat ghaib dengor..



Isu solat jenazah dikubur. Ustaz Azhar Idrus jawab..

==================================
Nas & Hukum Solat Jenazah Di Tanah Perkuburan

Hadis riwayat Abdullah bin Abbas ra.: Bahwa Rasulullah saw. solat jenazah di atas kubur, sesudah mayat dikuburkan. Beliau bertakbir empat kali. (Shahih Muslim No.1586)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra : Bahwa seorang berkulit hitam yang biasa membersih masjid, suatu hari Rasulullah saw. merasa kehilangannya (sbb tidak melihatnya). Lalu beliau bertanya kabarnya, para sahabat menjawab: Dia sudah meninggal dunia. Rasulullah saw. menegur: Kenapa kalian tidak memberitahukan kepadaku? Seakan-akan para sahabat menganggap kecil urusannya atau urusan kematian. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Tunjukkan aku kuburnya. Setelah ditunjukkan, beliau solatkan jenazahnya kemudian bersabda: Sungguh pekuburan ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya dan sesungguhnya Allah meneranginya sebab salatku atas mereka. (Shahih Muslim No.1588)

Kata Prof. Dr. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy di dalam Pedoman Shalat ms 496 :

Para ulama menyukai kita shalat jenazah di perkuburan dengan berdiri di antara kubur-kubur. Begitulah pendapat Imam Atha’ , Asy Syafi’y, Ahmad, Ishaq dan Ibnul Mundzir.

Beliau juga mengatakan:

Pernah hal ini dilakukan oleh Abu Hurairah dan Umar Ibn Abdul Aziz r.a.

Hadis yang di rujuk :

Ibnu Abbas r.a berkata: “ Pada suatu hari Rasullah s.a.w sampai kekubur yang masih basah, maka beliau bersalat baginya dan bersaf-saflah para sahabat di belakang beliau. Rasullah s.a.w. bertakbir 4 kali. ( H.R. Bukhary, Muslim, An-Nail 4:89)

Sa’ied ibn Al-Musayyab berkata: “Bahawasanya Ummu Sa’din meninggal sedang Nabi s.a.w tidak ada di kampung. Manakala kembali, beliau bersalat bagi jenazahnya, padahal telah berlalu sebulan lamanya (H.R At-Turmudzy, An-Nail 4:90)

Syed Sabiq menambah, menurut satu pendapat dari Ahmad, hal ini tidak ada salahnya, kerana Nabi s.a.w. melakukan solat di suatu kubur yang berada di tengah perkuburan.
Dan Abu Hurairah sembahyangkan Aisyah di tanah perkuburan Al Baqi dengan disaksikan oleh Ibnu Umar.
Dan Umar Abdul Aziz juga ada melakukannya..

Kesimpulannya solat jenazah ditanah perkuburan adalah amalan Rasulullah saw dan para sahabat ketika tdk sempat solat sebelum jenazah dikebumikan..

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud