ARTIKEL SEBELUM

25/10/12

"Syaitan'.. yg dikenali" baling batu ke pajabat DAP IPOH ?



'Syaitan'.. yg dikenali...cuba melakukan provokasi. Kini pejabat  DAP menjadi sasaran..

Apa motif Aku pun tak tau....

Mungkin cat merah kehabisan stock ha ha ha...

Apa apa pun aku tak suka  perangai manusia macam ini. 

Mintak pihak berkuasa siasat supaya budaya ini tidak menular menjadi lebih buruk lagi.


YB Wong Kah Wah bersama  YB Sivakumar, glass windows broken by 2 stones at DAP Perak HQ.


Dua ketul batu besar dilempar di pejabat DAP Perak di Ipoh hari ini menyebabkan beberapa tingkap kaca pecah, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning Wong Kah Woh.
 Kejadian berlaku pada waktu rehat tengah hari dan disedari ketika kakitangan pejabat pulang daripada makan kira-kira jam 1.30 petang.Satu laporan polis telah dibuat di ibu pejabat polis daerah di Ipoh.

Rakaman CCTV pejabat akan digunakan untuk meneliti kejadian, termasuk milik jiran, untuk melihat sama ada boleh dapatkan sesuatu untuk dijadikan bukti dan akan diserahkan kepada polis," kata Wong .

Beliau tidak mengesyaki mana-mana individu atau kumpulan tetapi percaya insiden itu dilakukan oleh "seorang yang kuat" kerana walaupun mengenai dinding, batu yang dibaling pergi sejauh tiga meter ke dalam pejabat.


 

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud