ARTIKEL SEBELUM

14/10/12

Mursyidul Am [TIBAI] hentam Timbalan Menteri Pengajian Tinggi



Sikap Timbalan Menteri ini makin menjadi-jadi kata ahli Umno. Dasar 'politik baru' yang dilaung-laungkan seolah-olah dah menjadi racun kepada UMNO dan Barisan Nasional ha ha ha , betulkah dia mencari insuran nyawa dekat pembangkang ? 


Ada ahli Umno marah kepada Saifuddin Abdullah meminta beliau tidak mengamalkan politik 'makan keliling' setelah mengeluarkan kenyataan seolah-olah mempertahankan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).Saifuddin kini dilihat seolah olah mencari jalan selamat dengan bersikap liberal demi kepentingan politik peribadi. Ada juga cai Umno mahu memastikan pada mesyuarat agong yang akan datang,Saifudin diberi jawatan pemeriksa kira2 diperingkat cawangan sahaja.......ha ha ha 

ok Baca aku copy paste di bawah kemarahan Mursidul Am 
 Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip terhadap Menteri ini.




 


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah diminta tidak mengamalkan politik 'makan keliling' setelah mengeluarkan kenyataan seolah-olah mempertahankan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang terbukti menerima dana daripada George Soros iaitu penyangak mata wang berbangsa Yahudi.

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, kenyataan yang dibuat beliau menerusi portal pembangkang yang dibiayai Soros, Malaysiakini, jelas membuktikan Saifuddin kini mencari jalan selamat dengan bersikap liberal demi kepentingan politik peribadi.


Mursidul am TIBAI

Beliau juga membangkitkan persoalan kemungkinan kenyataan itu menunjukkan Saifuddin yang diberi peluang berada dalam Kabinet tidak yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan kekal berkuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

''Kenyataan Saifuddin yang mengelirukan itu boleh diibaratkan seperti api dalam sekam yang sebenarnya mengundang bahaya kepada perjuangan UMNO dan BN sekarang.

''Saya percaya Saifuddin kini membeli 'insurans nyawa' daripada pakatan pembangkang dengan menonjolkan beliau sebagai pemimpin liberal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas pandangan Saifuddin yang mendakwa serangan dijalankan BN ke atas Soros, berpotensi "memakan diri sendiri" kelak seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini.

Sementara itu, Muhammad Zahid turut mempersoalkan tindakan yang kononnya liberal tersebut telah memberi kebaikan kepada UMNO, sedangkan Suaram bersungguh-sungguh mahu mencemarkan nama baik negara dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan isu kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

''Saya kecewa kerana siang malam TIBAI berceramah mendedahkan keburukan Suaram kepada rakyat tetapi Saifuddin pula bersikap lewah tentang pertubuhan tidak sah itu yang terbukti menjadi tali barut kuasa asing," jelasnya.

Mengulas perkara sama, beliau menegaskan, sebagai seorang pemimpin UMNO, Saifuddin perlu mempertahankan sebarang usaha memfitnah Presiden parti yang juga Perdana Menteri.

''Saya mahu bertanya kepada Saifuddin, di mana suara beliau ketika Suaram begitu ghairah memfitnah Najib atau adakah beliau sekarang merupakan alat perkakas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

''Mengapa Saifuddin begitu berminat mempertahankan Suaram dan Malaysiakini sedangkan Soros bertanggungjawab menyebabkan ekonomi negara hampir runtuh pada 1997," ujarnya.

Sumber: Utusan.



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud