Artikel ini terjemahan dan tambahan keatas komentari yang dihantar ke blog ini oleh komentator yang terkenal iaitu Walla. — Sakmongkol.
Ada beberapa sebab mengapa kita tidak akan melompat gembira bila kerajaan Najib memberi bonus dan gula-gula. Gula menyebabkan kencing manis. Gula-gula? Gula-gula menyebabkan lagi segera kaki kena potong.
(1) Semuanya wang kita
Pertama siapa yang membiayai bonus dan gula-gula tersebut? Jawapannya — kita semua termasuklah yang menerima gula-gula tersebut. Bukan Umno yang membuat wang itu semua untuk rakyat. Umno hanya tahu bagaimana membelanjakan duit untuk beli undi untuk kekal berkuasa.
Bila kekal berkuasa Umno akan terus (a) mengaibkan, (b) menghamba-abdikan and (c) menipu kita. Sebab semua duit itu datang dari cukai yang di kutip dari rakyat dan pekerja yang sedang membaca artikel ini. Duit itu datang dari 1 juta pembayar cukai yang merupakan hanya 10 peratus dari 10 juta perkerja dalam negara ini. Duit itu semua datang dari cukai yang dikutip dari perusahaan dan perniagaan dalam negara kita. Mereka yang berkerja membangunkan negara ini dalam kilang-kilang dan perusahaan menghasilkan perkhidmatan dan barangan adalah pekerja-pekerja yang membayar cukai. Lebih banyak duit sepatutnya boleh diberi jika cukai yang dikutip dari GLC. Tapi GLC diurus dengan buruk. Jika semua GLC-GLC itu beroperasi dengan baik dan untung, kutipan cukai dari mereka tentulah lebih tinggi. Tapi kita tahu, kebanyakan GLC-GLC adalah sarang dan lubuk melakukan rasuah dan menghisap darah rakyat.
Duit itu semua datang dari harta-harta negara kita dan dari sumber-sumber kekayaan negara ini, dari hasil perlombongan, dari hasil pembalakan, perikanan, kutipan dari pelabuhan dan lapangan kapalterbang. Kutip cukai dari AirAsia itu! Jangan tak kutip hanya sebab Dr Mahathir dan Rafidah Aziz duduk sebagai lembaga pengarah AirAsia. Yang berkerja dalam industri-industri ini semua adalah pekerja macam pembaca juga. Duit itu tidak datang dari 3 ribu mamat dan puaka Umno yang datang sekali setahun ke Perhimpunan Agung Umno di PWTC.
Maka , apa sahaja Najib Razak beri dan hulur bukan duit dia atau duit atuk dia tapi duit rakyat sendiri.
Dan tentu sekali ia bukan duit menteri kewangan ke 2 yang tidak mampu menjelaskan bagaimana RM5.7 billion duit negara boleh lebur akibat dari berjudi dalam pasaran pertukaran wang asing. Nilai RM5.7 billion itu dengan kadar inflasi yang ada pada hari ini, sudah jadi sekitar RM20 billion. Maka kalau kita bengang apabila keluarga Shahrizat menyamun RM250 juta dalam skendal lembukondo, maka segeralah kita meminum ENO untuk melegakan senak dan sakit perut bila duit yang sudah hangus akibat kerakusan pemimpin Umno telah jadi RM20,000 juta. RM20,000,000,000!
Saya ulangi lagi — semua duit yang Najib pandai-pandai beri itu adalah duit kita semua. Kita yang punya bukan Najib punya. Bukan kamu punya, Ahmad Albab yang punya. Jadi apalah yang hendak ek sangat. PM Najib meminta Parlimen meluluskan sejumlah wang dari kumpulan wang yang disatukan untuk kegunaan seperti yang telah dirancang oleh kerajaannya. Bukan duit dia. Duit kita.
Malah, wang tersebut datang dari hasil yang dijangkakan yang boleh disimpan untuk masa depan jenerasi kita di hari depan.
Cara Umno menabur wang menyebabkan kita tidak boleh nafikan bahawa hutang kerajaan federal telah mencecah bumbung. Maka semua pinjaman hadapan atau pengeluaran bond oleh kerajaan dimasa akan datang akan dikenakan caj kewangan yang mesti menambahkan hutang. Ini akan menyebabkan lagi susah untuk kita melangsaikan hutang yang kian menggunung.
Akhirnya, semua hasil negara ini akan digunakan untuk menservis faedah pinjaman dan belum mampu untuk servis pinjaman pokok.
Inilah malapetaka yang dibawa oleh Umno iaitu membengkrapkan negara kita.
(2) Malaysia akan jadi Greece Asia Tenggara
Para pembaca yang pernah berkunjung atau melancung di negara Greece akan kembali dengan perasaan duka nestapa. Sebuah negara dengan warisan peradaban yang tinggi sudah di bengkrapkan oleh pengurusan ekonomi yang tidak cekap. Memandulah mengikut lebuhraya negara itu dan kita akan lihat kediaman-kediaman yang cantik-cantik, tapi kosong. Kebanyakan kilangnya sudah tutup dan tidak beroperasi lagi. Bersama sama negara lain seperti Spain, Italy, Portugal, England dan juga Germany — semua mereka menuju kepada kemelesetan ekonomi. Mereka sekarang digelar, the sick men of Europe.
Hari ini, pendapatan utama negara Greece ialah pelancungan. Mungkin adalah hasil dari ekspot minyak zaitun dan ladeh atau yoghurt. Prodaktiviti Greece amat rendah, birokrasinya membayak dan korap. Namun, T-shirt cotton yang paling murah yang dijual ditepi jalan berharga €20 atau RM80.
Cuba Tanya — bagaimana negara seperti Greece dapat mempertahankan sebuah ekonomi yang beroperasi pada kos yang tinggi tapi rendah prodaktiviti? Krisis ekonomi Greece memberi jawapan kepada kita — mereka tak boleh. Dengan amalan yang berlaku di Greece, mana-mana negara pun tidak boleh bertahan. Jika cara dan kaedah pengendalian yang dilakukan di Greece tidak boleh, maka amalan yang bertentangan dan berlawanan dari yang dijalankan di Greece, tentu boleh menyelamatkan mana-mana ekonomi.
Kita tahu kita boleh membaiki ekonomi Malaysia dengan hanya mengamalkan perkara yang berlawanan dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Najib. Hapuskan rundingan terus dan tender tertutup. Laksanakan tender terbuka. Berhentikan amalan memilih siapa boleh kaya dan siapa tidak boleh. Hapuskan projek-projek mega yang dilaksanakan hanya untuk tujuan mengayakan kroni. Kembalikan monopoli semula jadi seperti air dan letrik , beras dan makanan utama kepada kerajaan. Negara kita boleh kaya dari apa yang dicapai oleh PM Najib yang cakap besar dan sombong.
Secara bandingan negara kita dah sama dengan Greece — prodaktiviti rendah, birokrasi kita makin membayak, dan rasuah berlaku dari yang paling tinggi ke yang rendah.
Bidang ekonomi yang menampung kita buat sementara ini ialah sector estet dan minyak. Sector pembuatan pun dah kian menurun kerana nampaknya, hari ini yang kita hebat ialah dalam pembuatan kondom, kopi dan dadah.
Maka sesiapa yang tengah bermain dengan saham FGVH misalnya akan memberitahu bahawa ia suatu permainan yo-yo. Harga saham ditetapkan oleh pemain-pemain warga asing. Padan muka pencadang-pencadang FGVH yang membeloti kepentingan peneroka.
Mereka yang berkecimpung dalam industry minyak dan gas akan memberitahu sesiapa bahawa sebaik sahaja Petronas mula mengerjakan semula telaga minyak lama, maka itu menandakan bahawa kita tidak lagi berjumpa dengan telaga baru yang ada signifken komersial. Kalau ada, sudah tentu kerajaan dengan bangga nya mengistiharkan jumpa itu dan ini.
Maka jangan kita leka menjelang kita menjadi pengimpot minyak. NEAC menyatakan itu akan terjadi dalam tahun 2014. Sama ada lambat lagi masa tersebut, tanya lah sesiapa yang bergantung bisness kepada SapuraKencana, gabungan antara Sapura (kroni Dr M) dan Kencana (keluarga Dr M). Bahkan jangan kita hairan suatu hari nanti, SapuraKencana dan Petron akan mengambil alih Petronas.
Bayangkan, jika kerajaan bergantung sebanyak 50 peratus keatas pendapatan dari minyak, dan minyak akan berkurangan, berapa banyak pendapatan yang kerajaan Najib ada untuk membayar gaji , apatah lagi bonus kepada kita punya BTN-to-the-power-of-n civil servants? BTN civil servants? Yakni pegawai kerajaan yang kehulu kehilir menakutkan orang Melayu bahawa kaum Cina berkomplot mengambil alih kerajaan Malaysia.
Kita hanya memerlukan suatu malapetaka kewangan sahaja untuk mendedahkan betapa rapuhnya landasan ekonomi Malaysia. Sesiapa yang telah melalui krisis kewangan Asia akan ingat apa yang telah terjadi kepada kita semua. Ingatlah bila Dr M mengumumkan projek ampangan Bakun, para penganalisa, bankers, industrialists berkata cukup lah; terlalu banyak sangat projek mega untuk memanfaatkan segelintir kroni.
Sejurus kemudian, bubble ekonomi pecah dan GDP Malaysia hilang 20 peratus sekelip mata. Bubble itu pecah di tempat lain, dan kita terperangkap akibat kesan limpahan nya. Tapi Dr M menyalahkan Soros sebagai punca ekonomi kita menguncup 20 peratus. Kita kena tanya Dr M, sebab sebenar malapetaka ekonomi yang dihadapi oleh Malaysia ketika itu. Dan dari DR M, we can never expect straight answers.
(3) Bahaya angkatunjuk ekonomi (The danger of economic indicators)
Mudah sangat hendak mengelirukan rakyat Malaysia. Ambil dan guna angka keseluruhan atau aggregate. Kemudian puratakan nya dengan mengguna beberapa angka yang senang di putar belit. Tapi dalam dunia nyata, kita tahu bahawa kekayaan diagihkan secara tidak adil.
Hari ini, kita boleh sebut Syed Mokhtar Al-Bukhary sebagai orang terkaya selepas Taib Mahmud. Kekayaan Habib Mokhtar dibina diatas hutang RM34 billion yang tentunya, kalau apa-apa terjadi akan diselamatkan kerana ia boleh di kategorikan dibawah contingent liability seperti mana rasuah boleh dimaafkan kerana amat sukar untuk membuktikan nya dan lagipun, rasuah mempuntyai spinoff positif dalam bentuk mengujudkan perkerajaan.
Dan bagaimana Taib Mahmud kaya? Dia kaya dengan menyalahguna kuasa jawatan dan secara terang-terang menyamun harta benda negeri Sarawak.
Dan jika orang Melayu memaafkan kemungakaran ini semata-mata kerana pelakunya Melayu, Bumiputera dan Islam, maka akan tiba suatu hari nanti, ada orang akan masuk rumah kita meniduri isteri dan anak perempuan kita, kita turut memaafkan mereka yang melakukan angkara durjana tersebut kerana mereka Melayu, Bumiputera dan Islam. Hidup Melayu Umno!
Jadi tergamakkah kita menjumlahkan kekayaan Syed Mokhtar dan Taib Mahmud kemudian kita puratakannya dengan membahagikan jumlah kekayaan tersebut dengan jumlah orang Melayu dan Bumiputera? Kemudian, kita mengistiharkan, yey, pendapatan purata orang Melayu/Bumiputera/Islam tinggi! Jumlahkan kekayaan 20 peratus Melayu terkaya dan bahagikan dengan jumlah orang Melayu, maka sudah tentulah pendapatan purata orang Melayu tinggi.
Demikianlah silapmata yang diteruskan oleh kerajaan PM Najib.
Apa kekayaan yang dinikmati oleh majority rakyat kita berbanding dengan kekayaan yang dirasai oleh segelintir kroni-kroni yang menjadi superkaya kerana mereka mempunyai hubungan rapat dengan Umno, parti orang Melayu, kerajaan kepada semua rakyat Malaysia tapi juga ketua penyamun penyamun yang bertugas sebagai penjawat awam?
Kita semua tahu, perangkaan yang digunakan oleh kerajaan semuanya sudah di propped up. Satu bentuk prop up nya ialah sabsidi yang menyembunyikan kos sebenarnya ekonomi kita. Tentulah sekali kita kena mengurut dada dan beristigfar jika sabsidi semua dihapuskan dan prestasi ekonomi negara yang sebenarnya di tunjukkan oleh data pasaran terbuka.
Ketika itu, baru kita akan tahu bahawa pertumbuhan GDP pada kadar 5 peratus itu adalah suatu angka palsu kerana ia di hitung dengan menggunakan angka yang sudah di prop up dengan angka artifisial.
(4) Kelentong hanya Umno sahaja boleh lakukan
Najib memekik dan melolong, hanya Umno sahaja yang boleh bawa kemakmuran. Allahu Akbar! Cerdik manalah sangat PM Najib sendiri? Cerdik manalah sangat pemimpin Umno? Kerja-kerja dilakukan oleh pekerja, pengusaha, penjawat awam- mereka ini semua bukan hak milik peribadi kerajaan Najib. Bila PR ambil alih, semua orang-orang ini tetap ada untuk mensejahterakan negara.
Maka janganlah PM Najib angkuh dan sombong. Dia kata, agenda Buku Jingga Pakatan Rakyat umpamanya, tidak sepadan dengan nilai kertas ianya dicitak. Kita jawab pembentangan bajet oleh Najib yang dilakukan dengan angkuh tidak sepadan masa udara atau airtime yang dia curi dari kita semua.
Janji Pakatan hanya racun, pekik Najib. Bagaimana Najib membuat konklusi demikian? Pakatan tidak menguasai dana pada peringkat pusat , jadi bagaimana dia tahu Pakatan tidak boleh melakukan yang lebih baik? Kecualilah dia ingat semua orang seperti dia dan seperti pemimpin Umno yang kerja harian mereka merompak dan menyamun negara ini.
Malah, janji Pakatan disokong oleh track rekod dalam negeri yang dikuasai oleh Pakatan. Sebenarnya, janji Umno lah yang mengandungi racun kerana janji mereka dimusnahkan oleh rekod rasuah dan salahguna kuasa.
Jika Najib kata hanya Umno sahaja yang boleh, maka perlu apa Nazri memberi alasan mengapa lapuran Ketua Audit Negara tidak dikemukakan dahulu sebelum mintak wang yang baru? Apa yang mahu disorok dan disembunyikan? Dan Ketua Audit Negara tidak besar dari Parlimen Malaysia. Jika Parlimen mahukan lapuran audit dikemukakan dahulu, siapa dia Ketua Audit Negara untuk mengatakan tidak perlu lapuran diberikan dahulu?
Bukankah lojiknya, kita hendak tahu prestasi bajet tahun lalu sebelum meminta sejumlah wang yang baru? Kita rakyat hendak tahu apa yang berlaku sebelum PM Najib memohon sejumlah wang baru untuk belanja tahun 2013.
Jika ada puak Umno yang boleh jawab pertanyaan kita, maka kita akan suruh MENSA berikan orang tersebut IQ75.
(5) Saikoloji rakyat yang diperbodohkan
Rakyat yang berjaya diperbodohkan oleh Umno tidak berminat mencari punca kejatuhan negara. Mereka akan terima tanpa berfikir panjang apa yang disebut oleh menteri kewangan. Mereka akan hanya melompat bergembira menunjukkan jari telunjuk 1 Malaysia kearah skrin TV bila menteri kewangan menyebut mengenai satu lagi bonus.
Mereka tidak mahu atau takut bertanya darimana wang untuk bonus tersebut datang dan bagaimana pemberian tersebut mempengaruhi masa depan anak-anak yang menonton TV bersama sama mereka.
Mereka akan menutup dan memekakkan telinga bila ada orang menyebutkan bahawa prinsip diberikan bonus ialah bersandarkan kepada prestasi kerja. Bonus diberi berdasarkan prestasi dan pencapaian si penerima dan organisasi yang mereka jadi perkerja. Apa-apa lain yang diberi hanya alasan tersembunyi yang digunakan oleh kerajaan Najib untuk mengikat minda rakyat.
Penerima rasuah Umno akan hanya menyatakan: “Selagi kemewahan dinikmati oleh aku, ada aku kisah apa yang berlaku dimasa hadapan? Duit yang aku terima sekarang lagi penting dan aku mesti mesyukuri dan berterima kasih kepada keraaan Najib.”
Ini adalah kerangkaminda atau mindset si hamba abdi atau kucing atau anjing ribaan yang telah melelongkan pemikiran mereka untuk mendapatkan kerak-kerak dari kerajaan Najib. Demikian dahsyatnya penaklukan minda mereka sehingga mereka sanggup memberhentikan pengamatan yang kritikal.
Patutlah bila cikgu bertanya kepada Sudin — apa itu Alif, Mim, Nun Wau apa, maka Sudin tidak teragak agak kata — Sarkas! Hari Jumaat tempoh hari, Najib mengendalikan suatu sarkas! — sakmongkol.blogspot.com
* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).