Macam haram jadah betui aku tengok , kenapa aku mencarut hari ini sebab getik dengan sikap penguasa di negara Malaysia yang pelik ni.Kalau kesalahan yang di buat oleh rakyat di panggil rasuah tetapi kalau kroni dan sekutu rapat dengan Umno/Bn di panggil komisyen atau sumbangan politik.
Eh!! 40 juta banyak tu !! bukanya RM40 henggit. Kalau dah di labur 40 juta kepada orang politik dah tentu Si penyumbang ini mahukan pembalasan takan nak beri sahaja.Mesti ada habuan yang bakal menanti dari kerajaan Umno andai kata mereka berkuasa selepas PRU 13 nanti.
Paling busuk aku agak batang pokok balak yang bakal Si penyumbang ini raih.
Yang pelik sumbangan itu diseludup dari luar negara, Siapa dalang dari Hong Kong itu ? Umno sering membuat tuduh kepada pembangkang kerana mendapat bantuan dana dari negara asing tetapi isu ini teserlah membuktikan bahawa Umnolah juga telah mendapat bantuan dana dari negara luar sebanyak RM 40 juta... betul tak.
Dalam minggu ini juga banyak isu yang yang dilontarkan kepada pembangkang telah terpalit kemuka Umno/BN sendiri ,selain isu pembangkang menerima bantuan dana asing satu lagi rekayasa umno konun Anwar ajen atau talibarut Soros juga teburai dengan pengakuan Najib sendiri bahawa beliau pernah membuat kunjungan hormat terhadap George Soros di Amerika dua tahun dahulu. [Baca kenapa najib temu soros di sini]
Dalam isu batuan RM 40 juta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan wang berjumlah RM40 juta yang diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.
Ha ha ayat biasa penguasa yang berkuasa menjaga kepentingan parti yang mendapat habuan 40 juta. Satu cara kalau mahu ajar mereka yang tak amanah dalam mengurus takbir negara iaitu melalui kertas undi sahaja. maka jika anda benci degan kelaku penguasa yang tak amanah wajib kita tolak pada PRU yang akan tiba tak lama lagi.