ARTIKEL SEBELUM

28/09/12

Sekolah tak berniat politikkan isu BERSIH 3.0




Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Johor Baharu yang mengeluarkan soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkaitan perhimpunan BERSIH 3.0 menjelaskan pihaknya tidak berniat untuk mempolitikkan isu itu.

"Kita tidak berniat untuk mempolitikkan (perkara ini). Kita tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

"Kita hanya menekankan nilai-nilai murni, tentang kerosakan yang berlaku (semasa perhimpunan)," kata Wan Hajasham Harun kepadaMalaysiakini ketika diminta menjelaskan kontroversi sekitar soalan untuk kertas Pendidikan Moral tahun ini.

Kertas soalan yang bersebar di laman sosial Facebook itu memuatkan dua gambar semasa berlakunya perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.

Dengan merujuk kepada gambar yang diberi, soalan itu bertulis ''Adakah wajar atau tidak bagi seseorang warganegara itu untuk menyertai perhimpunan haram?


Malaysiakini.com

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud