ARTIKEL SEBELUM

28/09/12

Penerbit Innocence of Muslims yang hina islam dijel

Nakoula Basseley Nakoula


Pembikin filem yang didakwa di sebalik video anti-Islam yang mencetuskan protes di seluruh negara Islam, telah ditangkap dan ditahan tanpa bon semalam, kerana seorang hakim AS bimbang dia akan cuba untuk melarikan diri.

Nakoula Basseley Nakoula, yang didakwa pengarah /penerbit filemInnocence of Muslims, muncul di mahkamah di Los Angeles selepas ditangkap kerana melanggar terma percubaannya bagi hukuman bagi  kesalahan penipuan pembankan pada 2010.

Pegawai pendakwa Robert Dugdale berkata Nakoula yang berusia 55 tahun itu telah didakwa melakukan lapan pelanggaran, termasuk membuat kenyataan palsu kepada pegawai percubaan dan menggunakan sekurang-kurangnya tiga nama yang berbeza.

Hakim Suzanne Segal memutuskan bahawa Nakoula, yang telah bersembunyi sejak protes meletus berhubung penyiaran filemnya itu,  ditahan tanpa bon dan berkata dia satu bahaya kepada masyarakat.

Kebimbangan timbul berhubung keselamatan Nakoula disebabkan kemarahan umat Islam yang tercetus secara meluas kerana filemnya itu dan dia muncul di mahkamah di bawah kawalan yang ketat.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud