ARTIKEL SEBELUM

26/08/12

Laman Facebook Pemuda Umno pohon maaf diatas poster kontroversi





KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Pentadbir kepada laman Facebook Pemuda Umno membuat permohonan maaf hari ini diatas poster kontroversi mereka siarkan — menyatakan undi kepada Pakatan Rakyat (PR) akan menyebabkan Kristian menggantikan Islam sebagai agama persekutuan.
Laman Facebook tersebut memuat naik poster yang bertulis: “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. God bless you my son.”
“Kami minta maaf secara terbuka kepada semua rakyat atas kesilapan mengeluarkan gambar yang tidak patut pada 17/18 Aug 2012. Admin itu sudah dikeluarkan dari fanpage,” tulis pentadbir laman tersebut lewat malam tadi beberapa jam selepas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memberitahu media dia sudah hampir tahu siapa di belakang poster tersebut.
Poster tersebut mengejutkan warga internet yang melihat permohonan maaf tersebut sebagai satu kontradiksi kepada kenyataan Khairy yang menyatakan Pemuda Umno tidak mempunyai laman Facebook rasmi.
Khairy turut mengarahkan ketua Pemuda Taman Tun Dr Ismail untuk membuat laporan polis menafikan laman Facebook tersebut milik Pemuda Umno dan orang yang menaikkan poster tersebut adalah orang yang tidak beri kuasa.
“Khairy cakap akaun palsu... Rupanya akaun betul la nih. Siap buat report polis bagai akaun palsu. Senang-senang je nak bodoh-bodohkan kami ye... Siapa admin yg kena remove tuh?? Cepat dedahkan siapa... Memburukan imej Pemuda UMNO...,” komen Nur Miba di permohonan maaf tersebut.
“Hampeh betul la korang ni. Monyusahkan… tak mengaku, lepas tu mengaku. Bangang,” kata Shauqie Kharip.
Jika Pemuda Umno dibawa ke mahkamah berkenaan dengan laman Facebook bukan milik mereka itu, ia akan menjadi ujian kepada pindaan Seksyen 114A, Akta Keterangan yang mendapat tentangan daripada ramai pihak.
Seksyen 114A menyebabkan pengusaha kedai kopi yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi boleh dikenakan saman fitnah dan dakwaan jenayah diatas komputer yang digunakan pelanggan.-TMI

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud