ARTIKEL SEBELUM

24/07/12

Ostad Kazim perli Abby Abady ?



Anda kena tonton video ini dulu, kemudian baru baca ayat aku ini lepas itu baru lah korang faham.

Mukadimah video ini Ostad Kazim seperti mengutuk seseorang tetapi dari segi lenggok bahasanya seperti perli Abby kerana muktahir ini yang aku tengok hanya Abby yang lantang bercakap pasal islam selepas dia berhijrah dari dunia artis kepentas ceramah.

Pelik aku dengan Ostad kazim..aku respek ilmu kau wahai Ostad Kazim, tapi........ ,Kut ia pun...memangla Abby bukan layak digelar Ustzah lagi, Abby sekadar berceramah atas pentas Pas sahaja tak lebih dari itu..Salahkah Si Abby bercakap mengenai agama ?


Ceramah Ostad Kazim (video)  aku lihat melalut-lalut tuduh orang LBT, Pluralime ,syiah tolak bantuan sekolah agama rakyat dan sebagaimya he he..jauh benor hanyut Ostad ini dari jalan yang dia ikut masa mula mula aku kenalinya. Hanyut jauh beb.

Saya sokong hudud kata Ostad Kazim dalam video itu, tapi aku  pelik dalam masa yang sama dia bersengkongkol dengan kerajaan yang berdolak dalih pasal hudud ..adehh tak faham aku...

Ada sesiapa yang ALIM agama boleh tolong bagi pencerahan pasal hadis dibawah...

Hadis

28- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ. (البخاري والترمذي)
28 - Dari Abdullah bin 'Amr ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sampaikanlah (apa yang kamu dapat) dari ku walau satu ayat sekalipun; dan ceritakanlah (apa yang sampai kepada kamu) darihal Bani Israel dan (dalam pada itu) tidak ada salahnya (kalau kamu tidak ceritakan). Dan (ingatlah!) sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka.

(Bukhari dan Tirmizi)

Kalau bergitu adakah salah si Abby  becakap pasal agama sekadar apa yang dia tahu..?

wallahualam aku insan yang lemah...he he


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud