ARTIKEL SEBELUM

8/07/12

Betul ka Moshitah Ibrahim sokong hudud ?





Eee getiknya aku, gedik pun ada aku nengok Moshitoh ini
Buat je la jangan banyak songgeh wahai  Moshitoh...
Esok di akhirat peminpin yang akan disoal dulu oleh Allah bukan kami rakyat..
Pasarana apa yg BN nak tunggu..

KLCC, Jambatan rentas laut ,gaji peguam ,Lawyer dan sebagainya boleh BN bina dan lantik,
tapi prasarana untuk Hudud dah 50 tahun tak boleh buat..

Aku ingat lagi satu ceramah Moshitoh ini (video atas)...
Dia kata orang memcuri jgn di potong tangan , menurut Moshitoh lagi kan ke elok di bagi kerja pada orang yg bersalah mencuri ...adoi !!

Kalau gitu orng yg merompak bank kita bagi dia koje jaga bank gitu ke maksud Moshitoh..

Hanyut dengan glamor selepas Dia ni masuk umno,
inilah ujian dari Allah sebenarnya.

 





Timbalan menteri sokong hudud di Johor
2:35PM Jul 7 2012



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, secara peribadi beliau menyokong cadangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah Datuk Ayub Rahmat yang ingin menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hukum hudud.

"Namun kita kekurangan prasarana terdiri daripada mahkamah, hakim, pegawai pendakwa bagi melaksanakan perundangan Islam di negara ini.

"Jika usaha ini dapat dilaksanakan, BN akan menjadi pihak pertama melaksanakan hukum itu berbanding dengan Kelantan yang hanya bercakap kosong," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian di Shah Alam.

Beliau bagaimanapun dilapor berkata, pelaksanaannya perlu dirancang teliti agar semua faham erti sebenar hukum hudud.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud