ARTIKEL SEBELUM

23/04/12

PR AKAN PASTIKAN FILEM ‘ALTANTUYA’ SIAP


Buletin setia Politik kini


“Filem Altantuya” adalah filem yang tergantung tanpa kesudahan dan Pakatan Rakyat (PR) akan menyiapkannya jika dipilih dalam pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.”Sekarang, ke mana-mana pun saya berceramah, saya terangkan bahawa cerita pembunuhan Altantuya Sharibu sama seperti seperti filem yang tidak siap kerana tidak diketahui siapa yang mengarahkan pembunuhannya.


“Saya beri jaminan bahawa filem itu akan disiapkan jika PR diberi peluang memerintah dalam pilihan raya umum ke-13 ini, saya tidak sangka sambutan yang diberikan oleh rakyat sungguh di luar dugaan,” katanya.

Beliau mempersoalkan, adalah tidak masuk akal polis tiba-tiba bertindak membunuh Altantuya yang tidak mereka kenali, tidak ada rekod jenayah di negara ini dan tidak pula dilaporkan bersenjata ketika dibunuh.

Lebih menghairankan rakyat, katanya, mengapa pula mayat Altantuya diletupkan dengan bom C4.

“Rakyat juga nak tahu kenapa Dato Seri Najib Tun Razak langsung tidak ambil tindakan terhadap pelbagai akhbar terkemuka di seluruh dunia yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya,” katanya.

Najib Razak sepatutnya bingkas membersihkan namanya dan juga keluarganya apabila dikaitkan dengan pembunuhan kejam tersebut.

“Jangan lupa, kalau mahu menonton versi yang sepenuhnya dan kalau mahu menonton versi ‘original’ filem Altantuya yang tidak diedit langsung, pilih PR sebagai kerajaan dalam pilihan raya akan datang,” katanya.


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud