ARTIKEL SEBELUM

23/04/12

BERSIH 3.0 mesyuarat tergempar malam ini



Jawatankuasa BERSIH 3.0 akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan lokasi alternatif untuk perhimpunan 28 April ini.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu termasuk Pengerusi Bersama Datuk A Samad Said dan Datuk S Ambiga masih bertegas mengadakan perhimpunan itu di Dataran Merdeka kerana kawasan tersebut "milik rakyat".

Bercakap dalam sidang medianya pagi ini, Ahli Jawatankuasa Pemuda Dr Subramaniam Pillay berkata mesyuarat tergempar malam ini susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dilapor tidak menghalang penganjur mengadakan perhimpunan itu di Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil.

"Kita akan bermesyuarat malam ini bersama dengan semua gabungan NGO... Mungkin esok akan ada keputusan konklusif kami," kata Dr Subramaniam.

Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasa Pemandu Maria Chin menegaskan bahawa dalam surat penolakannya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) "tidak pernah menawarkan alternatif kepada BERSIH".

"Ia datang daripada Hishammuddin. Jadi kami tak tahu siapa mewakili siapa.

"Kita akan kembali kepada DBKL untuk bincang perkara ini," kata Maria.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud