ARTIKEL SEBELUM

14/04/12

Peserta demo aman meninggal dunia




PUTRAJAYA, : Seorang peneroka Gatco, Kampung Serampang Indah Jelebu meninggal dunia ketika menyertai himpunan aman di hadapan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM)   dipercayai akibat serangan jantung.

Menurut R Tanggam, yang turut serta dalam himpunan itu, beliau melihat mangsa jatuh terduduk ketika hampir 100 peneroka lain sedang berhimpun di perkarangan pintu masuk ke JPM.

Beliau yang berada hampir dengan mangsa kemudiannya membantu mangsa yang ketika itu masih bernafas sebelum meminta pertolongan daripada pihak keselamatan yang berkawal.

Tidak lama kemudian mangsa dibawa ke dalam pondok pengawal sebelum disahkan oleh doktor yang datang .

Sementara itu, himpunan itu bertujuan  bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak bagi membantah tindakan Mentri Besar Inc (MBI) yang semasa itu diterajui Tan Sri Isa Samad yang didakwa menjual tanah mereka.




posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud