ARTIKEL SEBELUM

14/04/12

Artis ni dakwa di serang kerabat DiRaja




NOORZULAINI Yunos melihat kecederaan di kepala anaknya, Mikael Adam di Hospital Prince Court, di Kuala Lumpur, semalam.


“Selepas menarik saya keluar dari kereta, saya dibelasah dan dipijak menyebabkan saya terpaksa mempertahankan diri ".

Saya cuba meminta pertolongan rakan dan orang awam di sekitar tempat kejadian tetapi tidak sempat sebelum tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka,”.






Artis hip hop dakwa dipukul kerabat diraja di luar pusat beli-belah

KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi hip hop cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa dibelasah seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang di sini, awal pagi semalam.


Mikael Adam yang turut dikenali dengan nama SonaOne berkata, beliau tidak pasti mengada dia diserang, namun kesal dengan tindakan individu terbabit yang menyerangnya hingga mengalami kecederaan parah dan terpaksa dirawat di hospital. 


Mikael Adam sebelum ini menghasilkan beberapa album dan pernah membuat persembahan bersama artis hip hop, Joe Flizzow dan Altimet selain dicalonkan dalam anugerah Shout! Awards 2010 bagi kategori Hip Hop dan R&B. 

Sementara itu, seorang saksi enggan dikenali membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini. 

Saksi itu berkata, beliau berada berhampiran tempat kejadian dan melihat mangsa dibelasah namun tidak sempat membantu sebelum menghantarnya ke hospital. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain. Bharian



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud