ARTIKEL SEBELUM

21/03/12

Petugas Nurul ditahan, dakwa diganggu Umno

Tiga sukarelawan PKR Lembah Pantai yang diwakili naib presidennya Nurul Izzah Anwar ditahan polis ekoran dakwaan menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa membuat culaan pilihan raya di kawasan itu.

Setiausaha politiknya Fahmi Fadzil berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan di sebuah masjid di Pantai Dalam petang semalam dan dibawa ke Balai Polis Jalan Pantai untuk disoal-siasat.

"Bagaimanapun hanya dua orang disoalsiasat selama enam jam," katanya sambil mendakwa laporan polis dipercayai dibuat oleh penyokong Umno yang tidak selesa dengan kehadiran mereka.

Menurut Fahmi, ketiga-tiga petugas parti itu disiasat atas dakwaan menyamar sebagai penjawat awam.

PKR Lembah Pantai mengadakan culaan di kawasan parlimen itu selama tiga hari iaitu Sabtu, Ahad dan Selasa lalu dan kira-kira 15 petugas terlibat dalam proses itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Fahmi juga berkata keadaan tidak selesa Umno juga mula terasa sejak hari pertama culaan apabila petugas PKR didakwa "diganggu" oleh penyokong parti lawan yang mahu mereka keluar daripada tempat itu.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud