ARTIKEL SEBELUM

21/03/12

Hot !!! Imam Hoslam seorang Mat Rempit ?


Hari ini aku nak cerita pasal imam Hoslan Husin sikit , kalau ikut malas nak ambik pot kisah imam ini ,tapi apabila terbaca kisah satu kempen bebaskan IMAM ROSLAN aku pun ambik kesah akan kes beliau.

Imam Ruslan yang mempunyai tujuh orang anak dan seorang isteri akan terpaksa berpisah selama 12 bulan dengan keluarganya gara -gara menghina istitusi kehakiman angkara kes membaling kasut kearah Hakim yang di anggap menghina sistem kehakiman negara.

Beliau berbuat demikian akibat merasa tidak mendapat keadilan dan pembelaan sepenuhnya dari pihak berkuasa ekoran laporan yang dibuatnya tentang penyelewengan tabung Masjid Ar Rahman di biar tanpa bicara , akibatnya beliau seperti hilang pertimbangan , maka dilemparnya kasut kearah Hakim.

Maka tinggalah isterinya yang berkerja sebagai Guru Pasti yang berpendapatan kasar $750 sebulan membesarkan anak tanpa kasih sayang suami yang tercinta selama ketiadaan Hoslam yang kini merenkok dalam penjara..

Aku cukup simpati terhadap apa yang terjadi terhadap imam ini maka aku sokong akan kempen bebaskan Imam Hoslan pada 24 march yang akan berarak dari jalan duta sehingga Istana negara untuk menyerah memorendum kepada DY di Pertuan Agong dalam kempen membebaskan Iman Hoslam. ok cukup setakat itu.

Cuma penulis agak terkejut akan satu cerita dan berita yang saya baca dari satu laman blog yang dibina khas untuk menpertahankan Masjid Ar Nur dan memburuk burukan Imam Hoslam.
Dia antara petikan yang dari blog itu baca dibawah


............ dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.-Surah Al-Kahf, Ayat 49.
Hanya disebabkan membaling kedua seliparnya ke arah Hakim-Hakim yang mengadili kes rayuannya, maka Hoslan terpaksa merengkok di dalam penjara selama setahun, siapakah yang zalim di sini???

Adakalanya manusia terlalu mengikut kata hatinya yang dipengaruhi oleh Iblis Laknatullah untuk melakukan sesuatu perbuatan yang mengundang kemudharatan kepada dirinya sendiri.Maka mengawal emosi dalam keadaan apa sekalipun adalah dituntut dalam Islam dan inilah ciri-ciri orang yang beriman kerana bersabar dengan apa jua yang sudah ditakdirkan oleh Allah swt.

Padahnya, tidak semena-mena perbuatan kita yang hanya bertuhankan hawa nafsu memakan diri kita sendiri sedangkan kita tahu bahawa kita ada tanggungan yang diamanahkan oleh Allah swt tetapi kita mengkhianati amanah tersebut dengan menzalimi diri kita sendiri dengan slogan perjuangan sedangkan kita sendiri tidak tahu apa yang kita perjuangkan, adakah untuk kemashlatan umat atau hanya untuk kepentingan diri kita sendiri.

Hoslan Hussain juga boleh dikenakan tindakan kerana memfitnah sebuah parti politik dalam videonya di mana Hoslan mengatakan bahawa pemecatannya disebabkan oleh pengaruh politik kepartian sedangkan Hoslan Hussain dipecat sewaktu pihak JAWI.

Hoslan Hussain juga boleh dikenakan tindakan kerana menuduh tanpa bukti-bukti yang kukuh beserta dengan saksi bahawa berlakunya penyelewengan wang masjid oleh Ahli Jawatankuasa Masjid menurut laman blog itu lagi.

Hoslan Hussain juga boleh dikenakan tindakan apabila beliau memecah masuk kuarters masjid tanpa mendapat izin dahulu daripada Ketua Imam masjid sewaktu itu diterajui oleh Ustaz Asri Bin Him dan Imam Hoslan juga dikata mencuri air yang di sambung dengan getah paip setelah bekalan iar paip rumahnya dipotongmasuk kuaters

Dan lebih membuat penulis agak terkejut di ceritakan bahawa sebelum Hoslam menjadi imam beliau merupakan " Mat Rempit "Kampung Pandan menurut laman blog itu lagi.

Semua laporan dan cerita dari blog tersebut saya sebagai penulis "no komen" sebab benda dan kisah kisah yang di catat adalah benda benda yang saya dan pembaca sekalian pun sendiri tak tahu siapakah yang benar dan siapa kah yang berdusta dalam hal ini. Maka susah bagi saya nak membela atau menuduh mana mana pihak dalam isu ini, kerana kejadian ini pun berlaku di luar khariah penulis ,

Di harap kalau ada ahli khariah Masjid di situ yang boleh tampil memberi bukti dan menjadi saksi bagi pihak Imam Hoslam ini alangkah baiknya bagi menepis segala tomahan yang di lemparkan terhadap Hoslam .

Ok cukup sekadar itu kalau pembaca rasa berminat nak baca kisah yang ditulis oleh blog tersebut anda boleh baca disini seterusnya dan fikir fikirkanlah...http://arrahimah.blogspot.com/

saya mengundur diri dulu...










posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud