ARTIKEL SEBELUM

9/03/12

Pemuda Pas dedah dua dokumen salahguna wang zakat

KUALA LUMPUR 9 Mac: Dewan Pemuda Pas hari ini mendedahkan dua dokumen berkaitan satu transaksi wang zakat ke Yayasan Taqwa yang diletakkan di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Dokumen itu menjelaskan mengenai kelulusan jawatankuasa Baitulmal terhadap permohonan Yayasan Taqwa melalui pengurus besarnya, Ahmad Ayob Ibrahim.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pemuda Pas Wilayah persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, permohonan itu diluluskan melebihi RM4 juta dari jumlah yang dipohon.

“Kenapa peruntukan yang diluluskan lebih dari yang dipohon? Ke mana pula wang RM 4 Juta itu dibelanjakan?,” soal beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga hari ini meminta penjelasan menteri Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir untuk menjawap persoalan yang ditimbulkan mereka.

“Kami beri tempoh seminggu, sekiranya masih mendiamkan diri dan tidak memberikan jawapan yang memuaskan hati umat Islam, kami akan buat laporan polis atau kepada pihak SPRM untuk menyiasat perkara ini,” tegas beliau.

Tambah beliau lagi Yayasan Taqwa sepatutnya tidak perlu diwujudkan kerana Baitulmal sudah berperanan selaku pengurus dan juga pengagih wang zakat.

Malah katanya, pembiayaan kos pengurusan Yayasan Taqwa juga mencecah RM2 juta, yang sepatutnya lebih bermanfaat jika diagihkan kepada golongan memerlukan.

“Kita mengandaikan sekiranya dipecahkan kepada angka RM5 ribu untuk diagihkan, hampir 400 orang akan mendapat manfaat dengan jumlah RM2 juta itu tadi.

“Jadi kami berpendapat Yayasan Taqwa perlu ditutup dan pekerjanya perlu diserap masuk ke dalam MAIWP!,” ujarnya yang menggesa audit dalaman Yayasan Taqwa didedah kepada umum.


Keadilan Daily

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud