KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin didesak memberi penjelasan berhubung provokasi melampau yang dilakukan samseng Umno di Felda Lepar Hilir, Gambang, Kuantan malam semalam.
“Kita minta Khairy beri penjelasan sebab budak-budak ini memang penyokong Umno kerana mereka membawa bendera Umno dan BN.
“Mereka hafal lagu Umno dan menyanyikannya dalam provokasi malam itu,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan di balai polis Merchant Square, Petaling Jaya hari ini.
Ini bukan kali pertama samseng Umno bersikap ganas terhadap program Pakatan Rakyat dalam keadaan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kian hampir.
Sepanjang bulan ini, program Datuk Seri Anwar Ibrahim di Melaka, Johor dan Pahang diganggu samseng Umno, malah kereta Ketua Umum KEADILAN itu kemek dan pecah akibat dilontar mercun, kayu dan batu.- kd