ARTIKEL SEBELUM

28/02/12

Rasuah: Impian Umno Kelantan berkecai

salmah Mat Husain,

KOTA BHARU, 27 Feb: Tindak-tanduk Umno memperlekehkan Menteri Besar Kelantan terhadap isu dakwaan rasuah membabitkan menantunya, Ir Abdul Ariffahmi Abd Rahman kini hancur berkecai.

Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan kelmarin memberitahu kes Ariffahmi ditutup ditutup kerana kekurangan bukti.

Sehubungan itu Ariffahmi yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) melahirkan rasa syukur kerana bebas dari dakwaan rasuah terhadapnya sebelum ini.

“Sememangnya siasatan kes ini memakan masa yang agak panjang, semenjak September 2009 dan melibatkan banyak pihak.

“Alhamdulillah saya sentiasa tenang dalam menempuh dugaan ini kerana saya tahu saya tidak bersalah,” katanya di sini.

Akhbar sebelum ini melaporkan Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr Adenan berkata, kes Ariffahmi ditutup kerana kekurangan bukti untuk dilakukan pendakwaan.

Isu dakwaan rasuah tersebut sebelum ini sering dijaja pemimpin Umno Kelantan bagi menghodohkan kerajaan negeri dan PAS.

Ariffahmi berkata, keputusan SPRM menutup kes berkenaan diharap dapat mengembalikan persepsi masyarakat terhadapnya.

“Memang saya tenang ketika menghadapi situasi ini apa lagi sewaktu disoal siasat pihak SPRM. Sejak awal lagi saya yakin tidak bersalah.

“Bagaimanapun pandangan buruk segelintir masyarakat terhadap fitnah berkenaan seolah-olah cuba menghukum saya dan keluarga sejak dari awal lagi,” ujarnya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud