ARTIKEL SEBELUM

5/02/12

Pas bimbang politik ala mafia

KUALA TERENGGANU – Pas semalam melahirkan rasa bimbang terhadap perubahan terkini landskap politik negara yang disifatkannya sebagai sudah diresapi politik ala mafia.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu terbukti de­ngan kes terbaru yang menimpa Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dzulkefly Ahmad apabila rumahnya dibakar malam kelmarin.

Sebelum itu, menurutnya, negara ini pernah dikejutkan dengan letupan di luar Mahkamah Jalan Duta ketika penghakiman kes liwat membabitkan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selain itu, turut berlaku kes lempar kepala babi dalam masjid dan ini semua provokasi menajamkan politik perkauman, perkara ini bahaya dan boleh cetuskan keadaan huru-hara di dalam negara.

“Di sini, saya lihat politik Malaysia sudah diresapi politik ala mafia dan kita minta polis bertindak lakukan siasatan segera serta menangkap mana-mana pihak yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Forum Kepenggunaan Barang Naik Rakyat Tanggung di Markas Tarbiah Pas Kuala Terengganu di Kuala Ibai, di sini, .

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, beliau percaya kebakaran yang menyebabkan sebuah kereta mewah Dzulkefly musnah bermotifkan politik berikutan kelantangan pemimpin itu membongkar penyelewengan Kerajaan Negeri.

Katanya, ada pihak tidak senang dan berasa tertekan dengan pembongkaran itu lalu mengambil keputusan bertindak di luar batasan.

“Inilah kesan daripada politik melampau dan keterlaluan yang dibawa oleh pihak tertentu hingga mengancam keselamatan ahli politik serta keluarga mereka. Jadi polis harus bertindak segera,” katanya.


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud