ARTIKEL SEBELUM

5/02/12

Dr M Sokong Nik Aziz




KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) jika merasakan beliau layak untuk berbuat demikian, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, Malaysia adalah negara berdemokrasi dan oleh itu, tiada masalah untuk sesiapa bertanding PRU.

“Tak salah jika beliau Nik Aziz mahu bertanding jika dia rasakan diri dia layak dan berguna untuk rakyat. Kalau rasa nak bertanding untuk 1,000 tahun lagi pun tak salah...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Filem Palestin Kuala Lumpur 2012 di Pavillion di sini hari ini.

Nik Aziz mengesahkan bahawa beliau akan bertanding pada PRU13 walaupun terdapat beberapa pihak yang mendesak agar beliau berundur.

Beliau berkata, tidak ada sebab untuk beliau berundur seperti desakan beberapa perwakilan semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

"Insya-Allah saya akan bertanding lawan Umno. Saya tak kisah pun orang sebut nama saya pada perhimpunan itu,” kata Nik Aziz.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud