ARTIKEL SEBELUM

14/02/12

Hamas iktiraf Anwar, bukti sokong perjuangan Palestin

KUALA LUMPUR 14 Feb: Pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan tertinggi Hamas adalah bukti beliau menyokong perjuangan rakyat Palestin, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Beliau mengulas pertemuan Anwar bersama pemimpin Hamas, Khalid Mash’ad ketika kunjungan Ketua Umum KEADILAN itu ke Qatar baru-baru ini.

Pertemuan itu, kata Muhammad Nur, sekaligus menangkis serangan jahat yang dilakukan pemimpin Umno-Barisan Nasional kononnya Anwar menyokong Israel dan menafikan hak rakyat Palestin.

“Khalid Mashal adalah pengerusi Biro Politik Hamas dan salah seorang tokoh pimpinan Hamas tertinggi dan dihormati. Justeru pertemuan Anwar-Khalid itu dengan sendirinya membuktikan Anwar istiqamah dalam perjuangan dunia Islam,” tegas beliau.

Pengerusi Biro Politik Hamas adalah jawatan paling kanan dalam Hamas selepas pengasas pertubuhan itu sendiri.

Ketika penglibatnnya dalam Hamas, Khalid Mashal, hampir dibunuh ejen Mosad atas arahan perdana menteri Israel, Benjamin Netayahu.

Menurut Dr Muhammad Nur, berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Anwar dilihat lebih dipercayai gerakan Islam kerana sejarah perjuangannya bermula sejak zaman mahasiswa.

“Ini kerana faktor Anwar yang istqamah dalam perjuangan dan pada masa yang sama realistik dengan politik dunia.

“Hamas juga menyedari realiti politik semasa dan tetap mempertahankan perjuangan rakyat Palestin yang mahukan negara mereka sendiri selaras dengan Resolusi 242 pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1997,” ujarnya.

Anwar kebelakangan ini difitnah Umno, kononnya menyokong penubuhan negara Israel dengan memutarbelitkan kenyataannya yang disiarkan dalam satu wawancara dengan Asian Wall Street Journal.

Ketika di Qatar, selain Khalid, Anwar turut bertemu ulama tersohor dunia, Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi. Beliau juga turut mengadakan perjumpaan dengan menteri kebudayaan Qatar, Dr Hamad Abdul Aziz dan tokoh ilmuan Islam, Jaser Audah.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud