ARTIKEL SEBELUM

4/01/12

Seleweng zakat: Jamil Khir perlekeh kredibiliti Ketua Audit Negara

KUALA LUMPUR 4 Januari: Penafian Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai penyelewengan wang zakat melibatkan beliau jelas memperlekeh Integriti dan kredibiliti Tan Sri Ambrin Buang selaku Ketua Audit Negara.

Setiausaha Jingga 13, Saifuddin Shafi Muhammad, berkata Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) sendiri mengesahkan Jamil bersama dua individu lain mengguna wang zakat bagi menghalang Kes Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan di Mahkamah syariah.

“Jingga 13 sebelum ini memberi tempoh 48 jam kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk memohon maaf secara terbuka.

“Namun beliau hanya muncul dengan penafian dan jelas memperlekeh Integriti dan kredibiliti Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), pimpinan Tan Sri Ambrin Buang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Oleh itu katanya, beliau memohon jasa baik Tan Sri Ambrin Buang menjelaskan kepada rakyat berhubung perkara itu.

“Jingga 13 memohon jasa baik Tan Sri Ambrin Buang menjelaskan kepada umum berkaitan percanggahan fakta yang dibuat Jamil Khir yang menyangkal penggunaan wang zakat oleh beliau dan dua individu lain,” katanya yang akan menghantar memorandum kepada Tan Sri Amrin, esok di Putrajaya.

Jamil pada 1 Januari lalu menafikan beliau bersama dua individu lain menyeleweng wang Zakat berjumlah RM63,650.

Kenyataan Jamil itu bagaimanapun bercanggah dengan LKAN yang mengesahkan Jamil bersama dua individu itu menyeleweng wang zakat untuk kepentingan mereka.

Malah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim (timbalan Jamil sendiri) mengakui kos guaman dibayar menggunakan wang zakat

Mashitah mendedahkan perkara itu ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Dewan Rakyat pada 21 Jun 2011.

Pada 23 Jun pula, Tetuan Zainul Riijal Talha dan Amir, syarikat guaman yang mewakili Jamil dan dua individu itu meminta pandangan Mufti Wilayah Persekutuan mengenai penggunaan wang zakat bagi membiayai kos guaman.

Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya menegaskan adalah menjadi dosa dan kesalahan besar bagi sesiapapun menyalahguna atau menyeleweng wang zakat.

http://www.keadilandaily.com


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud