ARTIKEL SEBELUM

4/01/12

PKR yakin polis ada kes kukuh ke atas NFC

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yakin polis akan mendapat kes yang kukuh daripada siasatan ke atas dakwaan penyelewengan dana awam dalam projek National Feedlot Corporation.

Polis juga maklum dengan kes yang dikemukakannya itu, kata Rafizi selepas bertemu hampir dua jam dengan pegawai polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman petang ini.

Katanya lagi, beliau percaya bahawa pertemuan dengan polis itu juga bertujuan untuk mendapatkan kennyataan beliau bagi mengukuhkan lagi siasatan.

Malah, polis juga nampaknya “berada di landasan yang betul” dalam beberapa perkara yang masih diraguinya berhubung kes berkenaan.

“Daripada apa yang mereka kata, saya mendapat petanda bahawa siasatan itu mungkin akan berakhir dalam beberapa minggu,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut.

Tambahnya, siasatan polis juga berbeza dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menurutnya hanya berminat untuk mengetahui identiti individu yang membocorkan maklumat berhubung kes tersebut kepada PKR.

"Kita tidak langsung menyentuh identiti pembocor maklumat," katanya lagi.-mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud