ARTIKEL SEBELUM

24/01/12

Guan Eng panggil Soi Lek penipu:

Guan Eng panggil Soi Lek penipu: Beritahu dimana anda bertanding dan saya akan ada di situ

Dalam cabaran yang membuatkan Chua Soi Lek lemah lutut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah meminta beliau mengumumkan di mana beliau akan bertanding pada pilihanraya umum ke 13 supaya setiausaha Agung DAP itu sendiri akan melawan beliau.

“Akankah Chua Soi Lek berani mengumumkan kerusi mana yang akan ditandingi beliau dan saya akan pergi ke kawasan itu dan menyatakan semula kenyataan Liow yang kita yakin dapat mengalahkan Chua kemudian lihat reaksi beliau?” kata Guan Eng dalam kenyataannya pada hari Rabu.

Pemimpin DAP itu telah memberi maklumbalas kepada perang mulut antara parti beliau dan MCA yang bermula dengan Timbalan presiden MCA Liow Tiong Lai bahawa parti komponen BN itu boleh “menyingkirkan mana-mana calon DAP di Bagan”, kawasan Lim sekarang.

“Tidak seperti MCA, DAP tidak bermain permainan politik dengan bermegah mengatakan mereka akan menang atau kalah dengan Liow di Bentong atau Ng Yen Yen di Raub. Hanya MCA yang bermegah-megah seperti ini. Kami berharap agar Chua Soi Lek akan berhenti menipu rakyat mengenai perkara ini,” kata Guan Eng.

MCA kehilangan sokongan pengundi Cina

Guan Eng yakin dengan kenyataan beliau. Parti DAP sudah semakin popular dan dijangka akan membantu Pakatan Rakyat menyapu bersih kerusi dominasi Cina pada PRU 13.

Sebaliknya, MCA Soi Lek dianggap “orang tua sakit” dalam BN dan mungkin akan dihapuskan terus dalam PRU 13- seperti nasib SUPP dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.

Rakyat Malaysia dari pelbagai kaum telah menjadi semakin kecewa dengan kerajaan rasuah Bn dan kerajaan-tahu –politik terbaiknya.

Pada pilihanraya 2008, mereka memberi mandate kepada 5 daripada 13 negeri dan akan terus memberi mandate kepada PKR-PAS-DAP bersama dalam PRU 13 yang harus diadakan sebelum April 2013.

Mata tertumpu pada Soi Lek

Mata sekarang tertumpu pada Soi Lek yang akan memberi maklumbalas kepada cabaran itu.

Sudah dicemari dengan skandal seks, Soi Lek berhadapan dengan azab jatuh airmuka dan berdiri untuk diri sendiri dan parti beliau, dengan kebanyakkan pengkritik mengatakan bahawa beliau kemungkinan tidak bertanding jika Najib mengikut kehendak dirinya dan hanya meletakkan calon boleh menang.

Bekas menteri kesihatan, Soi Lek telah memberi kawasan Labis kepada anaknya Tee Yong. Beliau memberi isyarat bahawa beliau mahukan kawasan baru dan mungkin akan meminta sebuah kerusi Umno selamat di mana beliau boleh bersandarkan kepada sokongan Melayu untuk menang kerana masyarakat Cina sendiri telah hilang keyakinan terhadap beliau.

Perkasa, bagaimanapun telah berikrar untuk meminta pengundi Melayu untuk tidak mengundi MCA, walaupun pengasasnya Ibrahim Ali berkemungkinan tidak akan dapat mempengaruhi komuniti nya sendiri .

MCA penuh penipuan

Guan Eng juga berkata bahawa Chua bersalah kerana menipu rakyat dengan tuduhan bahawa DAP dan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat telah menyalahgunakan sumber kewangan Pulau Pinang dan menyebabkan defisit kepada bujet.

“Pulau Pinang tiada defisit bujet tetapi ada rekod lebihan bajet untuk 4 tahun selama kita berkuasa, ini disahkan oleh laporan Ketua Audit Negara. Ini memang politik kotor yang biasa dilakukan MCA-yang hitam jadi putih dan putih jadi hitam,” Jelas Guan Eng lagi.

Tambah beliau Pulau Pinang telah menjadi satu-satunya negeri dalam negara yang dipuji oleh Transparency International kerana mengamalkan sistem tender terbuka untuk memerangi rasuah.

Malaysia Chronicle

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud