ARTIKEL SEBELUM

24/01/12

Air Asia di saman

AirAsia disaman sebuah suruhanjaya pengguna di
Australia kerana syarikat penerbangan tambang murah
itu didakwa gagal menyatakan tampang penuh
perkhidmatannya dalam laman web.

Syarikat yang menjalankan penerbangan keluar daripada
Gold Coast, Melbourne dan Perth itu dinamakan dalam
dokumen yang diserahkan kepada Mahkamah
Persekutuan Melbourne pada Selasa, lapor AFP.

Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia, badan
pemantau urusan kepenggunaan negara itu, mendakwa
terdapat tambang di laman web AirAsia tidakmenyatakan harga semua cukai,
duti dan caj- caj lain.

"Pernigaan yang memilih mengiklankan sebahagian
harga setuatu produk atau perkhidmatan harus juga
memaparkan harga tunggul keseluruhannya," katanya
dalam kenyataan media.

AirAsia tidak dapat dihubungi dalam tempoh segera bagi
mendapatkan ulasannya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud