ARTIKEL SEBELUM

20/12/11

SPR: Tempoh bantah status calon dibatal

PUTRAJAYA,  — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk memansuhkan tempoh bantahan berhubung kelayakan seseorang calon yang bertanding pada hari penamaan calon, dikuatkuasakan mulai pilihan raya umum ke-13.

“SPR akan menentukan (sama ada seseorang calon itu layak atau tidak),” kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof(gambar) kepada pemberita di sini hari ini.
Kata beliau, pihak yang hendak membantah kelayakan seseorang calon, yang telah diterima oleh SPR, boleh membawa kes mereka ke mahkamah.
“Pada pagi (hari penamaan calon), maaflah,” katanya lagi.
Selain itu kata beliau, calon juga tidak dibenar menarik diri daripada bertanding sebaik pencalonan mereka diterima.
Langkah itu bagi membolehkan urusan mencetak kertas undi dilakukan dengan segera.
“Meskipun anda menarik nama anda, nama anda tetap akan ada pada kertas undi,” katanya.
Kata beliau, perubahan-perubahan dibuat berdasarkan syor-syor dikemukakan oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pilihan raya dan SPR sedang bekerja keras untuk melaksanakan perkara berkenaan.
Langkah itu termasuklah membersihkan daftar pemilih.
Selain itu kata beliau, daftar pemilih akan dipamerkan selama 14 hari mulai suku pertama tahun depan berbanding tujuh hari sekarang.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud