Adik kepada pengjaga gol kebangsaan, Mohd Amirul Izzat Che Mat telah menghebuskan nafasnya yang terakhir pada jam 11.30 pagi semalam. Arwah telah mengalami jangkitan kuman pada paru-paru kerana demam denggi.
Salam Takziah diucapkan kepada Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dan keluarganya atas pemergian adik lelaki beliau ke Rahmatullah .
Adik tersayang Amirul Izzat Che Mat yang baru berusia 16 tahun meninggal dunia akibat demam denggi kira-kira pukul 11.15 pagi semalam.
Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke Wad 2, Delima, HUSM.
Mohd Amirul Izzat sebelum itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari.
Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2 itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab