ARTIKEL SEBELUM

21/11/11

Hisham: Kritikan Dr M bukan unik pada Umno

Pelbagai masalah yang melanda Umno, seperti dikritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah unik pada parti itu semata-mata, kata naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Katanya, mengenali Dr Mahathir, perkara sebegitu sentiasa dilontar setiap kali menjelang perhimpunan agung Umno saban tahun untuk disahut anggota parti.

perkasa visit kdn on isa 290911 hishamuddin
"Masalah ini bukan unik pada Umno sahaja. Saya tak nafi berlaku tetapi kita sentiasa melalui proses rombakan dan tranformasi," kata Hishammuddin yang juga menteri dalam negeri.

Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis tertutup amanat presiden bersama Pemuda dan Puteri, Hishammuddin berkata, majlis seperti hari ini menunjukkan bahawa kebimbangan itu akan dapat dihadapi.

Dr Mahathir dalam wawancaranya dengan Utusan Malaysia hari ini menggambarkan Umno lemah kerana tiada usaha giat menghadapi pilihan raya, tambahan lagi dengan keadaannya yang rosak selepas diterajui bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Mahathir, BN tidak boleh menang hanya dengan undi Cina sahaja.

“Ia hanya undi tambahan. Undi Melayu perlu diperoleh cukup banyak, jika tidak kita tidak boleh menang,” katanya kepada akhbar milik Umno itu.

NONE

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, program hari ini ke arah mendapatkan semula sokongan orang muda yang merupakan kuasa penentu dalam pilihan raya umum.

Katanya, dalam merangka halatuju mereka perlu khusus menjadikan generasi muda sebagai tumpuan atau touch point parti.

"Sebab itulah kita rangka slogan baru 'BN pilihan orang muda' sebagai ganti 'Undilah BN'," kata anggota parlimen Rembau itu.

Ditanya sama ada Pemuda mahukan lebih kerusi dalam pilihan raya umum akan datang, Khairy enggan mengulasnya.

"Ini percakapan keluarga," katanya ringkas.

Amanat khas

Sementara itu, Bernama melaporkan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini menyampaikan amanat penting kepada anggota pergerakan Pemuda dan Puterinya sebelum Perhimpunan Agung Umno 2011 berlangsung pada 29 Nov ini.

Amanat khas kepada anggota kedua-dua pergerakan itu, yang julung kali diadakan, bermula pukul 4.30 petang dan berlangsung kira-kira satu jam setengah di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.

NONE
Kira-kira 4,000 orang terdiri daripada anggota kepimpinan jawatankuasa tertinggi Pemuda dan Puteri Umno di peringkat bahagian dari seluruh negara menghadiri majlis tertutup itu.

Sebelum ini, Presiden parti memberi amanat kepada semua anggota perwakilan Umno ke Perhimpunan Agung Umno pada hari permulaan Perhimpunan Agung ketiga-tiga sayap Umno itu.

Bagaimanapun bagi perhimpunan kali ini, Najib mengadakan majlis yang berbeza untuk Pemuda dan Puteri, antara lain untuk memberi nasihat kepada Pemuda dan Puteri Umno yang mewakili generasi muda dalam menghadapi Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung dari 29 Nov hingga 3 Dis.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud