IPOH: Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming memohon maaf kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana mengejek warna kulitnya sebagai `hitam metalik' dalam satu ceramah, baru-baru ini. Kenyataan maaf itu dibuat pada sidang medianya di Pejabat DAP Perak, sebentar tadi.
Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis turut memohon maaf kepada mana-mana rakyat negara ini yang tersinggung terhadap kenyataannya itu.
Ahli Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan (WAWASAN) berkumpul di hadapan Pejabat DAP Perak di Medan Istana sebentar tadi bagi membantah keceluparan seorang pemimpin parti itu menghina Menteri Besar Perak apabila mengatakan warna kulitnya sebagai `hitam metalik' dalam satu ceramah baru-baru ini.