ARTIKEL SEBELUM

26/11/11

Ambil iktibar rampasan kuasa di Perak apabila menang PRU 13

(Ahmad Fadli)

JOHOR: Wakil Wanita KEADILAN Perak, Lee Yin Yin menggesa perwakilan supaya mempersiapkan diri untuk mentadbir negeri baru dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, beliau juga mengingatkan mereka supaya turut bersiap sedia menghadapi kemungkinan kejadian rampasan kuasa seperti di Perak.

“Wanita mesti sedia hadapi detik itu,” katanya yang kini berkhidmat dengan Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Teja, Chang Lih Kang.

Beliau membuat gesaan itu berdasarkan pengalamannya menyaksikan sendiri rampasan kuasa yang didalangi Umno.

Tidak mahu sejarah sama berulang, Yin Yin berpesan kepada perwakilan supaya berhati-hati dengan ‘kelompok’ tertentu yang hanya muncul pada musim pilihan raya.

“Semakin hampir dengan pilihan raya, pasti muncul kelompok-kelompok ini pada musim pilihan raya,” katanya.

Wakil Wanita KEADILAN dari Sabah, Isnaraisa Munirah pula mencadangkan kolej komuniti khusus untuk wanita diwujudkan di kawasan pedalaman.

Kolej itu, katanya, membantu meningkatkan taraf hidup wanita luar bandar tanpa perlu meninggalkan kampung halaman mereka.

“Ramai wanita di luar bandar dapat memperbaiki hidup mereka dan menyumbang kepada kesejahteraan sosial,” katanya yang membahas ucapan dasar Ketua Wanita bertema kesejahteraan sosial.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud