PETALING JAYA: Tindakan enam penjenayah cuba merompak sebuah kedai pajak gadai pada cuti Aidilfitri gagal apabila mereka diberkas polis dalam kejadian di Seri Setia, Sungai Way, di sini, semalam.
Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu disedari seorang lelaki yang juga peniaga di premis berdekatan sebelum memaklumkan kepada polis.
Saksi yang hanya dikenali sebagai Siva berkata, dia menyedari selepas mendengar bunyi bising termasuk bunyi alat penggera dari arah kedai itu sebelum menghubungi polis.
Katanya, anggota dari Balai Polis Sungai Way yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian bergegas ke lokasi dan menahan enam lelaki yang leka menebuk dinding kedai kasut bersebelahan kedai pajak gadai untuk memasuki premis berkenaan.
Difahamkan, enam suspek menggunakan tiga kenderaan termasuk dua MPV jenis Naza dan sebuah jenis Mercedes.