SHAH ALAM 5 OGOS : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapatkan nasihat Tuanku dalam menyelesaikan masalah yang tercetus di sebalik serbuan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Majlis Makan Muhibah di Gereja Methodist, Damansara Utama, Rabu lalu.
Abdul Khalid berkata,langkah itu akan diambil sebaik sahaja menerima laporan Jais, yang turut akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor.
“Sebaik menerima laporan Jais saya akan menghadap DYMM Tuanku Sultan untuk mendapatkan nasihat (baginda) dalam menyelesaikan isu ini serta memastikan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi,” kata Menteri Besar dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Abdul Khalid, sehingga tindakan itu diambil dan isu ini diselesaikan, semua ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor dilarang membuat sebarang kenyataan berkaitan kontoversi tersebut.
Katanya lagi, kerajaan negeri sentiasa peka dengan laporan media berhubung serbuan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Majlis Makan Muhibah di Gereja Methodist, Damansara Utama, Rabu lalu.
“Seperti yang kami katakan semalam kami kesal dengan kejadian tersebut. Kerajaan negeri yakin rakyat Selangor tidak rasa terbela dengan kejadian tersebut.
“Niat dan tujuan yang baik tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan dalam memimpin masyarakat,” kata beliau lagi.
Dalam kenyataan itu, Khalid juga menyeru rakyat meneruskan semangat keharmonian, hormat-menghormati dan toleransi antara agama yang telah wujud sejak sekian lama di negara ini.