ARTIKEL SEBELUM

5/08/11

Exco Kedah terima surat ugutan berisi peluru


KULIM 5 Ogos - Exco Kerajaan Negeri Kedah, Lim Soo Nee menerima kejutan hari ini apabila menemui sepucuk surat mengandungi nota ugutan dan sebutir peluru di pejabatnya, di Taman Kemuning di sini.

Ketua Polis Daerah Kulim Supritendan Ghuzlan Salleh berkata, ahli dewan undangan negeri (ADUN) kawasan Kulim itu, menemui surat tersebut di atas tangga menuju ke pejabatnya kira-kira 9.45 pagi tadi.

"Soo Nee yang juga Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan ketika itu mahu naik ke pejabatnya di tingkat atas bangunan dua tingkat dan menemui sampul surat yang tertulis ”kepada ADUN” di atas tangga.

"Beliau kemudian mengambil surat itu lalu membawanya ke pejabat sebelum membuka dan menemui nota serta peluru tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini. - Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud