ARTIKEL SEBELUM

2/07/11

Polis Tahan Exco Selangor,

SERENDAH 2 JULAI : Exco Selangor, Ronnie Liu ditahan polis selepas menghadiri Ceramah Perdana Agenda Negeri Selangor sempena Program Khas Mesra Rakyat daerah Hulu Selangor di Dewan Komuniti, di sini, malam tadi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi Twitternya menulis, Ronnie ditahan ketika dalam perjalanan pulang dari ceramah berkenaan.

" YB Ronnie baru ditangkap polis ketika pulang bersama saya. Kereta kami yang diiringi polis dihentikan, dan polis memaksa YB Ronnie keluar,"tulis beliau.

Difahamkan Ronnie dalam ceramahnya mengajak rakyat beramai-ramai menyertai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Walau bagaimanapun, usaha Tv Selangor menghubungi Ronnie pagi ini tidak berhasil apabila talian telefon bimbit beliau seolah-olah dimatikan.

Tv Selangor kemudiannya menghubungi seorang lagi Exco Selangor, Elizabeth Wong yang turut bersama Khalid dan Ronnie ketika dalam perjalanan pulang dari ceramah tersebut.

Menurut beliau, mereka ketika itu sedang melalui jalan lama menuju ke lebuh raya dengan diiringi sebuah kereta peronda polis, namun tidak semena-mena kenderaan polis itu bergerak perlahan sebelum datang sebuah lagi kereta peronda yang lain.

" Dekat Rawang tiba-tiba kereta peronda bergerak lambat seperti 20 kilometer sejam dan tiba-tib ada sebuah kereta peronda potong kereta kami dan berhenti. Kami semua keluar dan tengok YB Ronnie dibawa. Kereta itu kemudiannya berpatah balik,"kata beliau.
Tambah Eli, beliau telah diberitahu, exco berkenaan sudah dibebaskan sekitar jam 4 pagi tadi.

Ronnie difahamkan dibawa ke Balai Polis Kuala Kubu Bharu untuk disoal siasat malam tadi dan dibebaskan dengan jaminan polis sebanyak RM3,000.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud