ARTIKEL SEBELUM

2/07/11

Pengharaman baju BERSIH, apa kata rakyat?

Pada 29 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.

Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul.

NONE
"Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya.

Sejak pengumuman itu, beberapa wakil rakyat Pakatan dan hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning BERSIH manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.

Malaysiakini menemui 14 orang di sekitar ibunegara untuk meninjau pandangan mereka mengenai kenyataan Hishammuddin mengenai pengharaman pemakaian baju-T kuning BERSIH itu.

Hasil tinjauan mendapati sebahagian besar daripada mereka tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan itu.

Berikut adalah pendapat mereka:

NONE
Rodzi Baharom, 45 (arkitek):

“Selagi rusuhan masih belum berlaku, tindakan Hishammudin dilihat sebagai tidak wajar kerana perkara itu tidak mengancam (keselamatan) negara dan hanya berkaitan dengan pemakaian baju.

“Bukan baju tulis perkataan lucah. Perkara seperti ini tidak diambil perhatian (baju ada perkataan lucah). Kenapa yang berkaitan politik diambil perhatian?”

NONE
Mohd Zaki Mohd Simal, 19:

“Pemakaian baju-T berkenaan adalah lebih kepada kebebasan rakyat, malah perhimpunan tersebut turut disokong oleh majoriti rakyat menurut undian yang dilakukan oleh The Star. (Nota pengarang: Akhbar itu bagaimanapun membatalkan bancian itu dan mendakwa terdapat kepincangan dalam sistem undian berkenaan)

“Kalau budak-budak pakai baju BERSIH, takkan budak-budak itu hendak kena tangkap kot?” kata Zaki, yang juga mempersoalkan kebebasan untuk berpakaian.

NONE
Lee Kah Kee, 19, pula merasakan perkara itu tidak wajar kerana baginya perhimpunan berkenaan bukanlah satu perhimpunan yang haram.

NONE

Norhuda Ali, 25 mempertikaikan tindakan 'pengharaman' baju-T itu dan mempersoalkan sama ada mereka yang memakai baju berwarna kuning akan turut ditahan sama.

“Kalau pakai baju kuning keluar jalan tak kan hendak kena (tangkap) juga?” katanya.

NONE
Bagi Banu Priya Tiagarajan, juga 19 yang sedang menuntut di salah sebuah institusi penerbangan perhimpunan itu hanyalah sekadar untuk berhimpun bersama.

“Bagi saya itu tidak adil, pakai baju BERSIH bukan salah,” katanya.

Sahahruddin Abdul Majid 53, berkata tujuan pihak tertentu membuat perhimpunan BERSIH ini adalah dijalankan secara aman bukannya haram, sekiranya mereka tidak membuat tindakan sebegitu rakyat mungkin tidak akan tahu perkara yang kerajaan buat.

NONE

"Kita tengok 4 tahun lepas mereka tidak ganggu orang (dalam demo) kenapa perlu disembur dengan air, pakai baju kuning pun tidak buat apa kesalahan.

“Jika tidak ada pembangkang, kita (rakyat) tidak tahu apa yang dilakukan oleh kerajaan,” katanya.

Tambahnya, pemakaian baju kuning tidak menganggu orang ramai tetapi logo baju tersebut mungkin menyebabkan mereka ditangkap dan didakwa oleh pihak kerajaan.

"Memang tidak salah (pakai baju-T BERSIH) dia tidak kacau orang, cuma logo yang jadi masalah, dianggap mengkritik kerajaan... Bagi kerajaan semua mereka buat betul, pihak lain tidak betul," katanya.

NONE
Maniammah Masilamani, 22 pula merasakan tindakan Hishammuddin sebagai tidak wajar kerana demonstrasi itu sendiri masih belum berlaku dan negara masih dalam keadaan yang aman.

“Semua kedai lepas ni tidak boleh letak (cat) warna kuning ke?” soalnya.

NONE
Meghala Balasubramaniam, 29, berkata pemakaian baju-T BERSIH tidak patut diharamkan kerana ia hanya dianggap perkara lazim.

"Tidak perlu diharamkan baju BERSIH, itu hanya perkara biasa dan bukannya salah pun, kerajaan patut bertimbang rasa" katanya.

NONE

Nuruddin Mohamad, 28, berkata baju bukanlah satu masalah tetapi kerajaan 'mengharamkan' pemakaian baju-T tersebut berkemungkinan disebabkan kebimbangan kerajaan terhadap perhimpunan yang akan berlangsung

“Tidak wajar (pengharaman), sebab itu pakaian, bukan tindakan,” katanya.

Namun terdapat juga kumpulan yang merasakan tindakan Hishamuddin adalah sesuatu yang wajar dengan tujuan untuk menjaga keamanan negara.

NONE

Graduan lepasan Universiti Michigan, Caryn Kong, 23, berkata permakaiaan baju itu tidak wajar kerana perkara itu menunjukkan pemikiran rakyat bukan di dalam negara yang mencapai pembangunan.

"Saya rasa tidak wajar, kerana sampai bila mereka patut didakwa, perkara tersebut tidak akan menunjukkan rakyat dalam negara ingin membangun," katanya.

NONE
Manakala Syaza Jamaluddin, 23 berkata menerusi pengalamannya sebelum ini yang pernah menyaksikan demonstrasi, tindakan 'pengharaman' berkenaan adalah wajar.

“Kalau untuk mengelakkan berlaku rusuhan lagi memang wajarlah (pengharaman t-shirt BERSIH),” katanya.

Bagi pegawai bank, Nurhusna Abu Mansor, 29, tindakan tersebut wajar dilakukan sebelum huru-hara berlaku di dalam negara yang disebabkan oleh perhimpunan tersebut.

“Kalau benda itu menimbulkan huru-hara, wajarlah (pengharaman t-shirt),” katanya.

NONE
Muhd Syahril Syarifudin 26, pula bersetuju dengan tindakan pihak berkuasa membuat tangkapan dan rampasan ke atas mereka yang memakai dan memiliki baju-T BERSIH 2.0 sekiranya perkara itu menunjukkan ia didalangi sesebuah parti politik.

"Rampaslah t-shirt tu sekarang, kalau itu merupakan simbol dari parti mereka sendiri," kata Syahril.

Namun, beliau meluahkan rasa tidak senang dengan iklim politik yang berlaku sekarang kerana kekecohan ditimbulkan hanya dengan warna baju yang dipakai oleh seseorang.

NONE
Roslan Mohamad 25, berkata sekiranya mereka yang memakai baju-T BERSIH membuat kekecohan, mereka memang patut ditangkap.

"Kalau mereka pakai baju-T BERSIH berwarna kuning tu, buat kecoh memang bolehlah ditangkap" katanya.

Tambahnya lagi, perhimpunan BERSIH yang akan diadakan 9 Julai ini adalah satu cara pihak penganjur untuk menyatakan hasrat mereka kepada kerajaan.

"Mereka nak memimpin dalam kerajaan, tetapi mereka tidak boleh bersuara," katanya.

Sejak pengumuman Hishamuddin Rabu lalu, polis terus menghambat penyokong BERSIH 2.0. Setakat ini tidak kurang tujuh wakil rakyat Pakatan juga telah ditangkap.

NONE

Antara mereka adalah ADUN Lukut Ean Yong Ting Sin, ADUN Bahau Teo Kok Seong, ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye , ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai, ADUN Jalong Leong Mei Ming dan ADUN Teja Chang Lih Kang dan ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar.- mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud