27/07/11

Akibat kemaruk cinta Dengan Man Black


SHAH ALAM: Akibat kemaruk cinta kepada lelaki warga Nigeria, seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menipu bapa sendiri kononnya dia bersama kekasihnya itu diculik dan meminta wang tebusan RM1.5 juta untuk dibebaskan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata bapa gadis itu memberitahu polis, dia menerima panggilan telefon seorang lelaki pada jam 3 petang 21 Julai lalu mengatakan anak perempuannya bersama teman lelaki diculik di Kajang.

Menurutnya, berikutan itu bapa berusia 53 tahun yang juga akauntan di Kuching, Sarawak, menghubungi Balai Polis Kajang bagi membuat laporan pada hari sama, kira-kira jam 11.30 malam.

“Bertindak atas laporan itu, polis melakukan siasatan dan mengesan lokasi pasangan kekasih terbabit di lobi sebuah hotel di Pulau Pinang pada jam 8 malam, 23 Julai lalu.


“Hasil siasatan, pasangan itu didapati sengaja mereka-reka cerita kononnya mereka diculik, sedangkan tujuan utama mereka ingin mendapatkan wang untuk kegunaan peribadi,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, semalam.- Hm