ARTIKEL SEBELUM

9/07/11

Ramai pemimpin Pembangkang telah ditahan.........







KUALA LUMPUR: Bandar Kuala Lumpur yang senyap sunyi semenjak malam semalam dan dipenuhi sekatan jalan di merata tempat mula kembali ‘meriah’ dengan kehadiran peserta himpunan aman Bersih yang menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Namun, polis yang ditugaskan untuk mengawal keadaan mula mengganggu orang awam yang ada di antaranya keluar pada hujung minggu untuk membeli-belah bersama keluarga.

Menurut sumber, sehingga kini dilaporkan seramai 441 orang telah ditangkap polis, terdiri daripada orang awam dan peserta himpunan aman. Terkini Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Polis juga telah menahan pergerakan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah di KL Sentral. Turut bersamanya,ahli MPP, Latheefah Koya.

1.05 tengahari: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali ditahan dan dibawa ke Pulapol, Jalan Semarak.

1.27 pm: Ambiga berkata, Bersih berterima kasih kpd PR kerana menyokong Bersih yang menerima berbagai tekanan dan ugutan dari Umno.

1.25 pm: Sidang akhbar Bersih sedang berjalan di Hilton Sentral. Hadir sama Tuan Guru Abdul Hadi, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Ambiga, Wan Azizah, Kamaruddin Jaffar, Syed Azman, Khalid Samad dan A. Samad Said.

.1.35 tengahari: Menurut catatan twitter Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Khalid Jaafar, beliau ditangkap dan berada dalam trak polis bersama 17 yang lain.

Pak Samad berkata Sasterawan harus berada di tengah untuk membersihkan politik negara kearah demokrasi.


TERKINI ! - Demonstrator PATRIOT mula membentuk group di Jalan Bukit Bintang sekarang. Namun KJ masih belum muncul. Penyokong BERSIH kini sedang membentuk group yg semakin besar apabila 2 group sebelum ini telah bergabung, dan kini 2 group sedang bergerak untuk membentuk 'tsunami' BERSIH yang semakin besar. Kelihatan Dr. Mohd Hatta ketika bersama penyokong yg sedang bergerak ke Stadium Merdeka.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud