ARTIKEL SEBELUM

9/07/11

30,000 berkumpul di Jalan Pudu sebelum disuraikan (LIVE video perhimpunan bersih )


(30,000 berjaya berkumpul di depan menara Maybank, Pudu sebelum dipecahkan melalui gas pemedih mata dan water canon polis)

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Pasukan terbesar yang berjaya bergabung sebelum disuraikan polis berlaku di Jalan Pudu berhampiran Menara Maybank apabila pasukan dari Jalan Pasar bertemu dengan dari Masjid Jamek dan Central Market di situ.

Antara pemimpin yang ada di sini adalah Dr Hatta Ramli (Pengarah Pilihan raya PAS), Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani bersama pimpinan DAP dan PKR dan PAS yang lain.

Menurut Taufek, perhimpunan yang bermula di jalan Pasar sekitar 500 sahaja tiba-tiba berkembanng cepat kepada hampir 10,000 pada jam 1.30 tengahari.

(Pasukan dari Jalan Pasar yang disertai Taufek Ghani)

Di Jalan Raja Chulan, mereka bergabung dengan pasukan dari Masjid Jamek, Kuala Lumpur dan Central Market dan menjadikan mereka 30,000.

"Kami kemudian berpecah apabila disembur dengan water canon di depan Menara Maybank," kata Taufek ketika dihubungi yang kini berada di Jalan Raja Chulan di belakang Maybank bersama pasukannya.

Selain beliau, turut berada di situ adalah Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat). Dr Badrul Amin Baharon (PKR), Tan Kok Wai (DA) dan lain-lain.

Pasukan mereka bertemu dengan pasukan yang diketuai Dr Hatta Ramli yang bergerak dari Masjid Jamek serta pasukan yang bergerak dari Central Market menjadikan satu pasukan yang besar mencecah 30,000 sebelum disembur dengan air berasid oleh polis.

.Terkini Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangkap di stesen KL Sentral kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Beliau dibawa dengan trak polis ke Balai Polis Jinjang.

Turut ditangkap ialah setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sebelum itu timbalannya Mohammad Sabu dan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga turut ditangkap.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub juga ditangkap di KL Sentral pada jam 12.24 tengah hari dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Selain mereka, lebih 400 sudah ditangkap dan Pasukan Peguam PAS telah mengenalpasti lebih 133 orang dari mereka.

Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang atau Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak.

Live bersih klik http://wwitv.com/tv_channels/b5577.htm



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud