Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud secara kategori menafikan Dana Bruno Manser (BMF) kononnya beliau memiliki akaun bank di Switzerland. Penafian itu dibuatnya semasa sesi soalan di Dewan Undangan Negeri Sarawak pagi ini.
“Saya secara kategori nyatakan bahawa saya tidak mempunyai akaun bank Swiss rahsia, tiada aset atau apa-apa pelaburan dan seumpamanya. Tiada apa-apa pun. “Malah, ini dijelaskan dalam surat yang dialamatkan kepada presiden Persekutuan Swiss.
“Saya secara spesifik bertanyakan kepada presiden itu untuk mengesahkan sama ada beliau ada mengarahkan pihak berkuasa Swiss menyiasat saya berhubung dakwaan BMF atau membekalkan saya sesalinan permohonan supaya saya boleh mendapat nasihat perundangan,” katanya.