SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini membebaskan Ketua Cabang KEADILAN Tanjung Karang, Mohd Yahya Mat Sahri dari dakwaan menipu tiga tahun lalu.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan tersebut selepas mendapati hujah pembelaan yang dikemukakan oleh Mohd Yahya, 45, berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah.
Peguam bela, Ahmad Nizam Hamid berkata, keputusan mahkamah itu membuktikan anak guamnya adalah seorang yang berintegriti, amanah dan tidak pernah menyalahgunakan kedudukan beliau.
“Kes ini bermula dari program sambutan 100 hari Pakatan rakyat berikutan ada individu tertentu dari Umno yang membuat tuduhan kononnya defenden telah menyalahgunakan kepala surat dari menteri Besar untuk mengutip wang dari pengusaha pasir,”
“Berikutan keputusan hari ini adalah jelas tuduhan Umno dan Gagasan Anti penyelewengan Selangor (Gaps) bahawa defenden menyalahgunakan kepala surat tersebut adalah fitnah dan tidak benar,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang dan Ketua Cabang KEADILAN Temerloh.
Bagi tuduhan tersebut, defendan sebelum ini didakwa melakukan kesalahan itu atas kapasitinya sebagai pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Mohd Yahya selaku pengarah program acara sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat dituduh dengan mendorong Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Abdul Karim Munisar untuk menyerahkan RM50,000 sebagai sumbangan.
Mohd Yahya didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan itu di Gardenia Coffee House, Hotel Quality Shah Alam antara jam 1 tengahari dan 3 petang, 4 Jun 2008.
Mohd Yahya yang diwakili oleh peguam-peguam Ahmad Nizam Hamid dan T. Suresh mengemukakan lapan saksi termasuk Ahli Parlimen Seri Setia, Nik Nazmi Nik Mat.
Ini merupakan pembebasan kali kedua Mohd Yahya di mana pada 1 Disember 2010, mahkamah yang sama membebaskannya daripada pertuduhan menggunakan dokumen palsu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie ke atas tertuduh.