KUCHING, 10 April — Datuk Seri Najib Razak akan menjelajah seluruh Sarawak bagi membantu Barisan Nasional (BN) sepanjang baki enam hari akan datang — sehingga Jumaat ini — petanda jelas perikatan yang memerintah ini sudah mula merasai kehangatan kempen pilihan raya dalam usaha mengekalkan negeri yang selama ini dianggap sebagai deposit hayat mereka.
BN dilihat berhadapan dengan tekanan hebat daripada Pakatan Rakyat (PR) khususnya di kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina di mana pengundi-pengundi dilihat sudah mula menerima agenda “undi untuk perubahan” yang dibawa PR.
Di Kuching, Sibu dan Miri, ceramah-ceramah kendalian DAP menarik ribuan hadirin - keadaan yang jarang dilihat di Sarawak di mana pengundi-pengundi lazimnya dianggap sebagai berhati-hati dan konservatif dalam menunjukkan sikap mereka.
Di pihak lain, PKR — satu lagi komponen PR, kelihatan yakin akan menerokai laluan lebih baik di sekurang-kurangnya 12 kerusi khususnya Batu Lintang, Saribas, Ba’kelalan, Layar, Krian, Opar, Bengoh, Tarat, Batang Ai, Engkilili, Senadin dan Batu Danau.
Di sebalik taktik kempen pembangkang yang membadai kali ini, parti-parti Sarawak kelihatan memulakan kempen yang agak menjemukan dalam usaha mempertahankan pentadbirna negeri, menggunakan cara lama — mengadakan majlis bertemu rakyat yang formal dan pertemuan yang diserikan dengan kehadiran menteri-menteri persekutuan.
Malah, kempen BN juga dikatakan dibayangi laporan-laporan dan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud — ketua menteri Sarawak paling lama memegang jawatan.
Tinjauan di beberapa kawasan perkampungan yang dikatakan sebagai kubu kuat Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP), komponen BN — di Tasik Biru, menunjukkan pembangkang telah berjaya mengembangkan pengaruh dengan cepat dan mendapat sokongan positif.
Ramai pengundi yang ditemui kelihatan berhati-hati apabila ditanya siapa yang mereka akan menyokong Sabtu ini.
Berbanding dengan laungan “BN” yang sering didengar, mereka kelihatan ‘membisu’ kali ini mengenai pilihan mereka. DIfahamkan pendirian ini satu petanda jelas pembangkang telah berjaya memikat pengundi-pengundi di kawasan kubu kuat BN.- themalaysianinside