ARTIKEL SEBELUM

20/02/11

Pertikai S’gor layan tetamu negeri bukti Noh Omar terdesak

SHAH ALAM: Tindakan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mempertikai perbelanjaan kerajaan negeri melayan tetamu negeri adalah aksi terdesak untuk membuktikan dirinya masih relevan di negeri Selangor.

Demikian dinyatakan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussain dalam kenyataan medianya hari ini.

“Agak hairan perkara ini ditimbulkan sedangkan adalah menjadi amalan sesebuah kerajaan negeri menerima tetamu dari dalam mahupun luar negeri,” kata Faekah.

Faekah percaya Noh merujuk kepada perbelanjaan penginapan dibiayai Perbadanan Menteri Besar (MBI) untuk tetamu kerajaan dari Sabah dan Sarawak yang mengadakan kunjungan rasmi dan bertemu Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut Faekah, jika benar Noh ada bukti penyalahgunaan wang anak syarikat negeri tersebut, dia perlu menyerahkannya kepada pihak berkuasa.

Pada masa sama, MBI sedia disiasat pihak berkuasa, kata Faekah.

“Sedikit pun kita tidak berasa gusar kerana kerajaan Selangor khususnya MBI bersikap terbuka dalam hal ini dan sedia disemak oleh Bahagian Audit Dalaman, hatta disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). “

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud