ARTIKEL SEBELUM

24/02/11

Hassanudin Salim dan Yuhaizat Abdullah calon Pas lawan BN

Ketua Penerangan PAS Pahang Hassanudin Salim akan membawa cabaran parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac depan.

Pencalonan Hassanudin diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kompleks PAS Kerdau malam ini.

Beliau merupakan bekas calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008, tetapi tewas kepada calon BN Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Hassanudin tewas dengan majoriti 1,615. Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Zaharuddin memperolehi 4,135 undi.

Hasanuddin, 43, adalah seorang usahawan kelulusan diploma ukur tanah UiTM.

Turut hadir ialah timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, timbalan presiden PKR Azmin Ali, dan pemimpin DAP, Tan Seng Giaw.


Sementara itu bagi Dun Merlimau Melaka Timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Melaka Yuhaizat Abdullah diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Pengumuman tersebut dibuat oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lewat malam ini.


merlimau by election pas candidate yuhaizat abdullah 240211 02


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud